Motosikal / Lain Lain Roda

Triumph Daytona 765 Moto2 Edisi Terhad Bakal Dilancarkan Ogos Ini

Triumph Motorcycles mengesahkan bahawa ia akan memeperkenalkan model Daytona edisi terhad di kejohanan MotoGP British di litar Silverstone pada 23 Ogos ini.

BHP Banner 1

Dikenali sebagai Daytona 765 Moto2, model yang mendapat kelulusan Dorna (pemegang hak eksklusif pengiklanan dan siaran TV MotoGP) ini diinspirasikan oleh penglibatan Triumph sebagai pembekal enjin bagi saingan Moto2 sejak tahun lalu.

Perincian mengenai model ini masih belum diumumkan, namun menurut Triumph ia akan menampilkan skema warna khas dengan senarai kelengkapan yang tinggi. Syarikat itu turut menjanjikan “kuasa dan daya kilas paling tinggi” dari enjin tiga silinder berkapasiti 765 cc.

Apa-apa pun, model edisi terhad ini dikatakan akan memberikan pengalaman menunggang yang paling hampir dengan jentera Moto2 yang sebenar.

Triumph akan memperkenalkan dua versi Daytona 765 Moto2, satu untuk pasaran Amerika Syarikat dan Canada, dan satu untuk pasaran Eropah dan Asia. Kedua-dua versi akan ditawarkan dalam bilangan yang terhad iaitu 765 unit dan setiap unit akan mendapat nombor siri masing-masing.

Previous post

Tayar Untuk SUV Prestasi Tinggi Oleh Michelin

Next post

Jaguar XE SV Projek 8 Memecah Rekod Pusingan Nürburgring Nordschleife

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *