Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Honda e – 150 PS, 300 Nm dan 200km Jarak Pemanduan

Perincian mengenai kereta elektrik Honda e telah didedahkan lebih awal sebelum kemunculan rasmi model itu di acara Goodwood Festival of Speed 2019 yang akan berlangsung mulai 4 Julai ini.

BHP Banner Ferrari Dino

2020-honda-e-prototype (3)

  • Honda e dilengkapi dengan motor elektrik yang menghasilkan 150 PS (110 kW) dan 300 Nm.
  • Ia dipacu oleh bateri 35.5 kWh yang menawarkan jarak pemanduan melebihi 200 km. Bateri tersebut boleh dicas sebanyak 80% dalam masa 30 minit.
  • Bateri diletakkan di bawah lantai, memberikan Honda e pusat graviti serendah 50 cm.

2020-honda-e-prototype (4)

  • Dengan pengagihan berat badan 50:50 dan overhang yang pendek, Honda e menawarkan keseimbangan dari segi kestabilan dan prestasi pengendalian.
  • Kuasa disalurkan ke roda belakang dan ini memberikan Honda e lengkung pusingan yang kecil iaitu kira-kira 4.3 meter, membolehkannya dipandu dengan mudah di dalam kawasan urban.
  • Model ini dilengkapi dengan sistem gantungan topang McPherson bebas pada kedua-dua gandar bagi memastikan keselesaan untuk penumpang.

2020-honda-e-prototype (2)

  • Ciri Single Pedal Control membolehkan pemandu memecut dan memperlahakan kereta dengan hanya menggunakan pedal pendikit.
  • Apabila pedal pendikit ditekan, kereta akan memecut seperti biasa. Apabila ia dilepaskan, sistem brek janaan semula (regenerative braking) akan diaktifkan secara automatik dan seterusnya memperlahankan kereta.
  • Penggunaan bahan berkekuatan tinggi pada rangka menyumbang kepada ketegaran struktur dan pada masa yang sama, mengurangkan berat.

2020-honda-e-prototype (1)

  • Karakter dinamik Honda e boleh dipertingkatkan lagi menerusi mod Sport yang memberikan tindak balas pecutan yang lebih pantas.
  • Versi produksi akan diperkenalkan menjelang akhir tahun ini. Tempahan kini dibuka untuk pelanggan di UK, Jerman, Perancis, Norway dan pasaran-pasaran Eropah yang lain.
Previous post

Proton Catat Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam Tempoh Hampir 4 Tahun

Next post

Audi S8 - Sedan Mewah Berkuasa 563 HP

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *