Bisnes

Proton Catat Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam Tempoh Hampir 4 Tahun

Selepas mencatatkan jualan yang tinggi pada bulan Mei, Proton meneruskan momentum kenaikan jualan pada tahun 2019 dengan mencatatkan jumlah pegangan pasaran tertinggi sejak Julai 2015.

BHP Banner Ferrari Dino

Jualan sebanyak 7,615 unit pada bulan Jun adalah angka kedua tertinggi yang dicatatkan oleh Proton pada tahun ini, menjadikan pegangan sebanyak 18.1% daripada pasaran automotif Malaysia dalam tempoh sebulan apabila Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) dianggarkan merosot sebanyak 30.8% iaitu 42,090 unit.

Seperti kebiasaannya dalam penjualan automotif di Malaysia, akan terdapat penurunan pada jumlah penjualan bagi bulan selepas bulan perayaan. Bulan Jun tidak terkecuali kerana adanya cuti sempena Hari Raya Aidilfitri diikuti dengan keadaan jualan tidak memberangsangkan.

Selain itu, pada bulan Jun 2018 juga merupakan bulan pertama bagi tempoh jualan tanpa cukai GST, menjadikannya sukar bagi kebanyakan jenama automotif untuk mencatat jumlah pertumbuhan jualan tahun ke tahun yang positif.

Proton Saga

Walau bagaimanapun, Proton mencatatkan trend apabila jualan meningkat sebanyak 23% berbanding Jun tahun lalu, sekaligus membantu syarikat itu mendapat kedudukan kedua dalam jadual jualan untuk bulan ketiga berturut-turut.

Jumlah ini telah menyumbangkan kepada pertumbuhan jualan keseluruhan sebanyak 61% untuk enam bulan pertama tahun 2019, meletakkan Proton di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran jualannya untuk tahun ini.

Proton Persona Front Quarter

Secara individu, X70 terus menjadi salah satu produk Proton paling popular dengan 15,175 unit telah diserahkan kepada pelanggan bagi separuh pertama tahun ini. Ini menjadikannya pendahulu jualan kumulatif untuk keseluruhan segmen SUV di samping mengukuhkan kedudukannya sebagai SUV premium dan eksekutif paling laris.

Sementara itu, jualan Saga terus berkembang dengan sebanyak 2,541 unit diserahkan pada bulan Jun, menyumbang kepada pertumbuhan keseluruhan sebanyak 27% berbanding enam bulan pertama tahun 2018.

Model-model lain yang kini dilengkapi dengan ciri-ciri pintar menunjukkan prestasi baik dengan tempahan untuk Persona, Iriz dan Exora 2019 masing-masing meningkat sebanyak 108%, 180% dan 135% berbanding tempahan model semasa.

Previous post

Mitsubishi EVO 11 Disahkan - On The Way

Next post

Honda e - 150 PS, 300 Nm dan 200km Jarak Pemanduan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *