Gaya Hidup

Masih Ada 3 Yamaha Y15ZR Untuk Dimenangi Dalam Peraduan Petronas Sprinta Bonanza

Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) meraikan pemenang peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza bagi bulan Jun iaitu Ahmad Shafiq bin Ahmad Sharifudin yang berasal dari Permatang Pasir. Pelatih kesihatan berusia 23 tahun itu hanya membelanjakan sebanyak RM70 untuk belian dua botol minyak pelincir Sprinta F700 dan layak menyertai peraduan.

BHP Banner Jangka Hayat

Hadiah bulanan yang berupa sebuah motosikal Yamaha Y15ZR disampaikan oleh Ketua Peruncitan PLMM, Mohd Bahrin Mohd Yunus di Petronas Tanah Liat yang merupakan stesen dimana belian Sprinta berkenaan dibuat oleh Ahmad Shafiq.

Peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza yang bermula 11 Mac lalu masih berlangsung dan akan tamat pada 30 September 2019. Sebanyak tujuh buah hadiah bulanan berupa motorsikal Yamaha Y15ZR ditawarkan manakala hadiah kedua sebanyak tiga buah Yamaha R25, sementara hadiah utama merupakan sebuah Yamaha R6 yang bernilai lebih RM100,000.

Pemenang Jun2

Lebih menarik lagi, semua motosikal yang ditawarkan diberi sentuhan ‘airbrush livery’ sempena pasukan PETRONAS YAMAHA SRT di kejohanan dunia MotoGP.

Masih terdapat tiga buah Y15ZR untuk dimenangi sehingga tamat tempoh peraduan. Hadiah kedua dan utama bakal disampaikan di Litar Sepang bersempena MotoGP pada November nanti oleh pelumba-pelumba pasukan PETRONAS YAMAHA SRT iaitu Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

Previous post

MITI Mengesahkan Polisi Jangka-Hayat-Kenderaan Tidak Akan Dikuatkuasaskan

Next post

Evora GT - Model Lotus Paling Berkuasa di Amerika Utara

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *