Undang - Undang

MITI Mengesahkan Polisi Jangka-Hayat-Kenderaan Tidak Akan Dikuatkuasaskan

Berita baik Tuan-Tuan & Puan-Puan, anda boleh simpan kereta lama anda dan nikmati kehidupan pemanduan bebas ansuran.

BHP Banner Jangka Hayat

Dengan Malaysia sebagai pasaran kereta paling mahal ke-5 di dunia, ianya amat sukar untuk golongan pendapatan rendah dan warga emas Malaysia untuk membeli kereta baru dan juga mendapatkan pinjaman kereta baru. Ini perlu dipertimbangkan sebelum sebarang polisi jangka-hayat-kenderaan dilaksanakan.

Di persidangan automotif awal minggu ini, Timbalan Menteri dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) Dr. Ong Kian Ming mengesahkan bahawa kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk menguatkuasakan polisi ini dan peranan Puspakom akan kekal untuk pemindahan kereta terpakai dan tidak akan ada penguatkuasaan pemeriksaan  tahunan ‘kesihatan’ kenderaan’.

Kereta Jangka Hayat 2

Kami bersetuju dengan sebab-sebab yang dikongsi seperti kakitangan awam yang tinggal di bandar yang memandu Toyota Corollanya berusia 32 tahun (gambar di atas) tidak mempunyai sebab untuk menaik taraf keretanya yang tidak memberikan apa-apa masalah dan dia tidak mempunyai pendapatan tambahan untuk membayar pinjaman kereta baru.Kereta Jangka Hayat 3

Di bandar kecil Bidor, nenek berusia 60 tahun yang memandu sebuah Toyota 39 tahun (gambar di atas), yang dijaga baik, walau berkarat dan bersuspensi kendur tidak mempunyai sebab untuk membeli Perodua baharu kerana dia tidak mempunyai wang untuk bayaran balik dan ansuran bulanan walaupun dalam hatinya dia inginkan sebuah Axia kuning cerah.

Tetapi, jika anda memandu kereta yang betul-betul buruk dan berkarat, anda mungkin terpaksa jualnya bagai besi buruk dan mendapatkan pengganti.Kereta Jangka Hayat 4

Previous post

Mercedes G-Wagon Seteguh Mercedes Unimog

Next post

Masih Ada 3 Yamaha Y15ZR Untuk Dimenangi Dalam Peraduan Petronas Sprinta Bonanza

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *