Cerita Auto

Membeli Sebuah Toyota Vios Terpakai 2003

Sekiranya anda mencari kereta terpakai yang tidak akan memeningkan kepala di Malaysia, terdapat banyak pilihan bergantung kepada bajet anda. Walau bagaimanapun, jika anda mencari sedan terpakai bawah RM20,000 maka kami mempunyai cadangan ini untuk anda. Toyota Vios 1.5L 2003.BHP Banner Vios 2003

Berapa Bila Baharu

Toyota ini adalah sebuah kereta ASEAN yang direka untuk rantau ini untuk pengguna kelas pertengahan mencari kereta kedua rumahtangga atau pembeli kelas tengah rendah yang mencari kereta pertama mereka untuk di letak di bawah anjung rumah mereka. Pada pelancarannya, Toyota Vios ditawarkan dalam 4 varian dengan harga jualan dari RM73,599 hingga RM81,847. Permintaan sangat menggalakkan dan UMW Toyota menikmati jualan yang pesat di seluruh negara. Duta jenama untuk Toyota ini tidak lain dan tidak bukan bintang pop mega Britney Spears.used_ toyota_vios_2

Apa Yang Anda Dapat

Di sini kita bincang tentang pembelian Vios generasi pertama tahun 2003 yang kami percaya masih ada nilai yang baik walaupun nilai yang susut sedikit 16 tahun kemudian. Jurutera-jurutera Toyota yang melaksanakan bahagian dalaman 2003 dengan agak baik. Plastik ringkas kelabu dipasang rapat dan permukaan yang menyenangkan. Apabila anda telah mengenal pasti unit terpakai anda, bermula dengan bahagian dalam dulu. Switchgear dan klik semua kawalan harus meluncur dan berfungsi dengan tepat walaupun berumor 16 tahun. Satu-satunya kekurangan jika ada, adalah mungkin bunyi dari sistem audio standardnya, yang seolah-olah tiada kesan mendalam, tetapi sekurang-kurangnya ia boleh main MP3, yang membolehkan penghasilan bunyi yang cukup baik. Kebanyakan pemilik pertama telah cuba menaik taraf sistem ini dan ada beberapa yang telah menukar kepada sistem yang lebih baik tanpa mengorbankan panel yang agak biasa berlaku kalau mengunakan kedai-kedai aksesori biasa yang kurang profesional menanggalkan dan memasang semula panel.

Drivetrain

Bila baharu Vios 2003 ini datang dengan banyak bahan yang mematikan bunyi untuk memastikan pemanduan yang tenang, yang hanya mula menunjukkan kekurangannya apabila anda memandu melebihi 140km / j. Di bawah hudnya, Vios 2003 ini dilengkapi dengan enjin 1496cc DOHC 4 silinder VVT-i menghasilkan 107 bhp kuasa dan 142 Nm tork. Dipadankan dengan empat kelajuan automatik dan harus masih beralih dengan lancar dan responsif apabila anda memandu-uji Vios terpakai.

Jika peniaga atau pemilik kereta enggan memberi peluang anda memandu-uji maka katakan selamat tinggal dan cari yang lain, kerana terdapat banyak unit terpakai dijual di pasaran hari ini  kerana kebanyakan pemilik pertama telah peningkatan pengangkutan mereka. Vios menempatkan empat dengan selesa; lima jika bukan sumo wrestler. Bumbung yang tinggi memberikan kesan yang baik terhadap ruang dalaman yang luas.

Pemeriksaan Akhir

Kebanyakan unit terpakai telah digunakan sepenuhnya oleh keluarga masing-masing jadi apabila ingin membeli unit antara 15 atau 16 tahun pastikan anda periksa dalamnya dengan teliti. Interior Toyota agak tahan. Trim dalaman haruslah baik. Permaidani dan panel sisi harus utuh dan tidak longgar. Kerusi depan perlu bergerak ke depan dan belakang dengan mudah. Sekiranya tidak cuba minyakan trek kerusi. Semak agar trim tidak retak atau pecah. Kalau ya, abaikan kereta itu kerana membaikinya tidak berguna dan mahal. Periksa bahagian bawah kereta untuk kerosakan sampingan. Kebanyakan pemilik lalai dan tidak berjaga-jaga di tempat letak kereta dan di tepi jalan.

Harga Sekarang

Harap maklum bahawa Vios 2003 sudah pasti banyak perbatuan tahun ini, jadi anda dinasihatkan supaya memeriksa bila kali terakhir timing belt dan semua belt lain ditukar. Juga jangan lupa untuk memeriksa minyak kotak gear.

Unit yang dikira ok adalah yang di antara 180 hingga 240,000 kilometer. Harga yang diminta untuk unit tahun 2003 bermula dari RM15,000 dan boleh sampai ke RM22,000 untuk sebuah unit yang dijaga rapi oleh pemilik kereta yang sepatutnya menjadi pilihan anda jika anda merancang mengunakan Vios itu untuk lebih dari 4 tahun.  used_ toyota_vios_3

Previous post

McLaren Perkenal High Downforce Kit Untuk 570S

Next post

Posmen Dilanggar Pesalah Double Line

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>