Berita Auto

McLaren Perkenal High Downforce Kit Untuk 570S

Menaik taraf sesuatu kereta boleh dilakukan dengan pelbagai cara, bergantung kepada apa yang mahu dicapai. Sebagai contoh, peningkatan dari segi prestasi aerodinamik boleh dicapai dengan menggunakan komponen tambahan seperti spoiler dan sebagainya.

BHP Banner Porsche Spyder

Inilah yang cuba ditawarkan oleh McLaren menerusi High Downforce Kit (HDK) yang dibangunkan khas untuk dua model Sports Series-nya iaitu 570S Coupe dan 570S Spider.

Direka oleh divisyen McLaren Special Operations (MSO), HDK merangkumi sebuah spoiler gentian karbon dan ‘underfloor guide vanes’ untuk tujuan pengaliran udara yang lebih baik.

mclaren-570s-mso-defined-high-downforce-kit

 

Menurut McLaren, pemasangan kit ini memberikan downforce tambahan sebanyak 75 kg, sekaligus menjadikan jentera lebih stabil ketika mengambil selekoh pada kelajuan yang tinggi.

Penggunaan HDK bukan sahaja mendatangkan kelebihan aerodinamik, malah memberikan 570S penampilan yang lebih memukau. Spoiler tersebut mendap di tengah supaya sesuai dengan bentuk badan kereta dan ia disokong oleh tiang aluminium yang juga bertindak sebagai perumah pendawaian bagi lampu brek ketiga.

mclaren-570s-mso-defined-high-downforce-kit (2)

 

Sementara itu, ‘endplate’ dengan kemasan Palladium Grey dan logo MSO pula menghasilkan imej yang lebih menonjol berbanding versi standard.

Oleh kerana ia dihasilkan untuk McLaren, kit ini tidak murah. Bagi pasaran United Kingdom, ia dijual pada harga £7,950 (RM42,103) tidak termasuk pemasangan. Pemasangan boleh dilakukan di pengedar sah McLaren dan akan mengambil masa kira-kira empat jam.

Previous post

Mazda Umum Spesifikasi Enjin Skyactiv-X

Next post

Membeli Sebuah Toyota Vios Terpakai 2003

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *