Berita Auto

Lee Motors Autocare Buat Kemunculan Dengan Penampilan Segar

Wakil pengedar rasmi kenderaan BMW iaitu Lee Motors Autocare telah melancarkan bilik pamerannya yang telah diberi nafas baru. Ia beralamat di No. 86-C, Lorong Perak 18, 05150 Alor Setar, Kedah.

BHP Banner KIA Xceed

Dengan lebih daripada 20 kakitangan yang berdedikasi, wakil pengedar ini beroperasi di fasiliti sedia ada berukuran 15,000 kaki persegi yang mampu memuatkan tujuh kenderaan BMW dan enam unit kenderaan BMW Premium Selection pada satu-satu masa.

BMW 05 (1)

Bukan itu sahaja, premis tersebut kini menampilkan stesen kerja Grand Klasse (GKL) yang terbaharu serta ruang BMW Customer Lounge, Isetta Bar dan kaunter barangan BMW Lifestyle.

BMW 01 (2)

Eugene Lee, Pengarah Urusan Lee Motors Autocare berkata, “Melalui ruang yang diperbaharui ini, kami berhasrat untuk membekalkan perkhidmatan yang tiada tolak bandingannya kepada para pelanggan dengan mewakili jenama BMW.”

BMW 04 (1)

Tahun lalu, Lee Motors Autocare berjaya melakar pertumbuhan dua digit yang berjumlah lebih daripada 30% berbanding tahun 2017 dengan penyerahan melebihi 200 unit. Selain menawarkan pakej perkhidmatan lengkap yang meliputi Jualan, Perkhidmatan, Alat Ganti dan Sistem (4S), ia kini juga akan berkhidmat sebagai wakil pengedar BMW Premium Selection.

Previous post

Pihak Berkuasa UK Rancang Guna Kamera Cegah Bunyi Ekzos Bising

Next post

Pelanggan Insuran Proton Dapat Ganjaran

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *