Berita Auto

Pihak Berkuasa UK Rancang Guna Kamera Cegah Bunyi Ekzos Bising

Nampaknya masalah bunyi ekzos bising semakin menjadi-jadi di United Kingdom. Bagi mengatasinya, pihak berkuasa UK merancang untuk menggunakan kamera khas yang boleh mengesan bunyi dan juga nombor plat.

BHP Banner KIA Xceed

Menurut Jabatan Pengangkutan tempatan (Department for Transport atau DfT), beberapa buah kamera akan diuji di beberapa lokasi dalam tempoh tujuh bulan mendatang untuk mengesan kenderaan-kenderaan yang tidak mematuhi tahap bunyi yang dibenarkan dan kemudiannya mengenal pasti pesalah menerusi sistem pengenalan nombor plat automatik (ANPR).

DfT menegaskan bahawa langkah ini tidak direka untuk menyasarkan pemandu-pemandu yang mematuhi peraturan, tetapi untuk mencegah pencemaran bunyi daripada kenderaan yang terlampau bising. Jabatan itu juga mengatakan bahawa teknologi tersebut boleh digunakan untuk menangkap pemandu atau penunggang yang sengaja membuat bunyi bising (rev) sehingga mengganggu penduduk tempatan.

Ducati Scrambler 1100 09

Dalam satu kenyataan, DfT menjustifikasikan tindakannya dengan mengatakan bahawa terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pendedahan kepada bunyi bising boleh mendatangkan implikasi terhadap kesihatan fizikal dan mental. Serangan jantung, diabetes jenis 2 dan tekanan darah tinggi adalah antara masalah kesihatan yang dikaitkan dengan persekitaran yang bising dalam jangka masa panjang.

Buat masa ini, penguatkuasaan had bunyi bising adalah berdasarkan penilaian subjektif. Bagaimanapun, teknologi ini dijangka dapat menjadikan kes dengan lebih jelas dan menentukan sama ada had bunyi telah dilanggar selepas mengambil kira kelas dan kelajuan kenderaan serta lokasi kamera.

Previous post

Daftar di Kolej Naza dan Menangi Tiket Grandstand MotoGP

Next post

Lee Motors Autocare Buat Kemunculan Dengan Penampilan Segar

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *