Berita Auto

Ford Ranger Menang Anugerah Lagi

Lagi satu kemenangan buat Ford Ranger. Kami sendiri telah menganugerahkan Ford Ranger Raptor mereka dengan anugerah VOTY Trak Pikap Terbaik 2019 sebelum bulan Ramadhan baru-baru ini dan sekarang, Ford Ranger baru saja dinamakan ‘2019 Malaysia Pick-up Truck of the Year’ di Frost & Sullivan Best Practices Awards.

BHP Banner Ford Ranger Awards

Kenyataan Media 

KUALA LUMPUR, Malaysia, Jun 28, 2019 – Ford Ranger telah dinobatkan sebagai Trak Pikap Terbaik 2019, di Frost & Sullivan Best Practices Awards (Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan) yang diadakan baru-baru ini.

Berdasarkan prestasi keseluruhan yang kukuh, Sime Darby Auto ConneXion, pengedar tunggal Ford di Malaysia berjaya mengatasi para pencabar yang lain berdasarkan beberapa kriteria yang disyaratkan untuk pemilihan penerima Anugerah tersebut iaitu peningkatan, pegangan saham, strategi pemasaran, nilai jualan dan kelebihan utama saingan.

“Kami merasa begitu berbesar hati menerima pengiktirafan yang amat berprestij ini daripada Frost & Sullivan. Anugerah ini merupakan manifestasi dari ramai individu termasuk kakitangan kami, para pelanggan dan pelabur yang saban hari memilih untuk meletakkan kepercayaan kepada organisasi kami dan memberi sumbangan yang begitu bermakna untuk masa hadapan jenama tersebut,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

“Ranger telah sering kali membuktikan bahawa ia sememangnya merupakan tanda aras industri bagi segmen trak pikap. Peningkatan kecekapan, penyempurnaan dan pelbagai inovasi teknologi terbaharu membantu meluaskan lagi daya tarikan Ranger di Malaysia,” tambah beliau lagi.

Anugerah Frost & Sullivan ini merupakan pengiktirafan terbaharu selepas meraih beberapa anugerah besar yang lain sebelum ini.

Kemenangan sebelum ini termasuklah Trak Pikap Terbaik Malaysia Tahun 2019 oleh Cars of Malaysia Awards, Trak Pikap Terbaik oleh DSF.my Allianz Vehicle of the Year (VOTY) Award 2019 (VOTY), Trak Pikap Terbaik Tahun 2018 oleh Malaysia Car Of The Year (COTY), Anugerah Emas untuk Pikap Terbaik 2018 bagi People’s Choice Awards dan Editor’s Choice Award daripada Carlist.my, serta Trak Pikap Terbaik Pilihan Editor 2018 daripada TopGear Chinese.

Frost & Sullivan Best Practices Awards telah mengenalpasti dan mengiktiraf syarikat-syarikat terbaik yang mempamerkan kecemerlangan di dalam industri masing-masing. Para penerima anugerah dikenalpasti berdasarkan temubual yang terperinci, analisis, dan kajian meluas peringkat kedua yang dijalankan oleh para penganalisa Frost & Sullivan.

Untuk info lebih lanjut atau membaca laporan pandu uji Ford Ranger dari penulis-penulis automotif terkenal Malaysia, lawati laman web pelbagai bahasa SDAC di https://www.sdacford.com.my/bm/cerita-ford

New Ford Ranger-2

 

Previous post

Pelancaran BMW M2 Competition Di Malaysia

Next post

Jambatan Pulau Pinang Ditutup Sementara

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *