Berita Auto

VOTY 2019 Crossover Mazda CX-3

Dalam pasaran semasa, tidak banyak crossover import sepenuhnya (CBU) Jepun yang boleh didapati pada harga kurang dari RM130,000. Jika anda sedang mencari sebuah SUV atau crossover import dengan bajet tersebut, Mazda CX-3 Facelift adalah pilihan terbaik setakat ini.

2018 Mazda CX-3

Ada beberapa sebab untuk ini. Pertama, anda mendapat sebuah kenderaan yang kami kira paling bergaya dalam segmen ini. Bahasa reka bentuk Kodo yang diperkenalkan beberapa tahun lalu kini diperkemaskan lagi dan hasilnya, versi facelift ini kelihatan lebih mewah berbanding sebelum ini. Dan ia akan terus kelihatan mahal untuk tahun-tahun mendatang.

2018 Mazda CX-3

Aspek pemanduan model ini juga begitu memuaskan. Gabungan enjin aspirasi natural 2.0-liter dan transmisi automatik enam kelajuan memberikan tenaga yang cukup sama ada untuk pemanduan di kawasan bandar atau lebuh raya. Kehadiran sistem GVC yang pintar juga memberikan model ini kelebihan dari segi pengendalian.

Enjin: Empat silinder sebaris, suntikan terus, aspirasi natural
Kapasiti: 1,998 cc
Kuasa: 154 hp @ 6,000 rpm
Tork: 204 Nm @ 2,800 rpm
Transmisi: Automatik 6 kelajuan
0-100 km/j: –
Kelajuan maksimum: –
Harga: RM128,159

BHP Banner Proton X70

Bagaimana pemenang Vehicle of the Year (VOTY) dipilih:

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 13 bulan dari 2019 adalah layak. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami mengujinya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari dsf.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan memenangi kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan pada masa akan datang.

Previous post

VOTY 2019 SUV 7 Tempat Duduk Peugeot 5008

Next post

VOTY 2019 Kereta Tahunan Volvo XC40

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *