Promosi / Tawaran / Peraduan

Tawaran Hebat Hari Raya Kumpulan Automotif Naza

Dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, Kumpulan Automotif Naza kini menyediakan pelbagai tawaran eksklusif sehingga akhir bulan Jun.

BHP Banner Defender

Cuti-Cuti Kia

KIA-Sportage-ex

Pelanggan yang membeli model Kia terpilih berpeluang untuk memenangi pakej percutian percuma bernilai sehingga RM10,000 ke mana-mana destinasi pilihan. Bukan itu sahaja,  dari sekarang hingga 30 Mei 2019, mereka yang memandu uji mana-mana model Kia juga akan menerima barangan Kia secara percuma.

Peugeot Raya Drive

Peugeot-5008-2017-1

Menerusi kempen ini, pelanggan b0leh menikmati penjimatan sehingga RM18,000 bagi model terpilih termasuk 208 PureTech dan 5008 yang turut didatangkan dengan pakej servis percuma selama tiga tahun. Selain itu, pelanggan juga boleh membawa pulang 3008 yang didatangkan dengan jaminan lima tahun, servis percuma tiga tahun dan insurans percuma untuk setahun.

Desmo Raya 2019 Campaign

2018-Ducati-Panigale-V4-14

Ducati Malaysia turut tidak ketinggalan menawarkan pelbagai promosi menarik dari sekarang sehingga 15 Jun 2019. Bermula dengan pakej servis Balik Kampung, pemilik motosikal Ducati boleh mendapatkan penjimatan sehingga 25% bagi pakej servis Desmo dan 30% bagi alat ganti, di samping pemeriksaan 20 poin percuma dan barangan percuma eksklusif dengan setiap pembelian bernilai RM25.

Bukan itu sahaja, pelanggan berpeluang memenangi pakej DRE Bike Travel bernilai RM1,000 menerusi peraduan media sosial ‘Post and Win’. Mereka yang membeli model Panigale V4S, Monster 821, Scrambler 800cc dan Scramblre 1100cc juga akan mendapat program servis Ducati Smart secara percuma, sesi DRE Racetrack Academy dan pelbagai baucar.

Vespa Raya Promo 2019

GTS Super Sport 1

Dengan setiap pembelian Vespa GTS 300 Super Sport, pelanggan akan mendapat aksesori tulen Vespa bernilai RM4,000. Ia merangkumi Top Box, Backrest Pad, Smoked Fly Screen, Chrome Rear Carrier dan Aluminium Transmission Cap.

Gaya Raya Promo 2019 @ Naza Automall

Naza-AutoMall-620x350

Naza Motor Trading Sdn Bhd menawarkan pelbagai tawaran hebat dengan pelbagai pilihan kenderaan di bawah satu bumbung di Naza Automall, Petaling Jaya untuk tempoh yang terhad dengan harga istimewa hujung minggu untuk model terpilih. Tawaran ini sah sehingga 15 Jun 2019.

Previous post

Toyota HILUX Memang Tidak Boleh Dihalang

Next post

McLaren GT Utamakan Keselesaan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *