Cerita Auto

Renault Captur Kini Lebih Mesra Alam

TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais Renault di Malaysia, telah mengumumkan penambahbaikan untuk model Captur.

BHP Banner Porsche GT2

Pertama sekali, enjin TCe 120 1.8-liter yang digunakan pada model itu kini patuh piawaian emisi Euro 6. Dipadankan dengan transmisi Efficient Dual Clutch (EDC) enam kelajuan, ia menghasilkan 205 Nm dari 2,000 rpm, mewakili peningkatan sebanyak 15 Nm berbanding sebelum ini.

Maroon_Combination_Leather_Seats

Nnjin itu juga dilengkapi dengan sistem stop-start dan ini membolehkannya mencapai tahap kecekapan bahan api serendah 5.9 liter bagi setiap 100 km mengikut kitaran NEDC.

7-inch Infotainment with Connectivity

Bukan itu sahaja, Captur turut mendapat sistem infotainment dengan skrin bersaiz 7 inci yang menyokong fungsi navigasi serta Internet. Sistem tersebut boleh menyokong pelbagai aplikasi seperti Joox dan Waze melalui sambungan hot spot.

??????????????????????????????

TCEC turut memperkenalkan model edisi istimewa iaitu Captur+. Ia menampilkan kemasan dua tona (perak dan hitam) pada bampar hadapan dan belakang, selain tailgate bebas tangan yang boleh dibuka dengan menghayunkan kaki di bawah bampar belakang.

Digital Video Recorder (DVR)

Di dalam, Captur+ mendapat upholsteri kulit berwarna maroon berserta jahitan terperinci pada tempat duduk, pintu dan perehat tangan. Turut disertakan adalah pelindung ambang pintu dengan tulisan “Captur” serta pelindung ruang but bagi mengelakkan bampar dari tercalar ketika memasukkan atau mengeluarkan barang.

Hands-free Power Tailgate

Satu lagi ciri tambahan yang ada pada Captur+ adalah perakam video memandu (DVR) yang mampu menyimpan sehingga 136 minit rakaman dalam resolusi 1080p dengan kad memori microSD 16 GB.

Two-Tone Rear_Bumper

Renault Captur+ dijual pada harga RM113,300 manakala Captur dijual pada harga RM107,980. Sebagai sebahagian daripada kempen French Experience yang berlangsung sehingga 30 Mei ini, pelanggan yang membeli salah satu daripada model ini berpeluang untuk memenangi percutan percuma untuk dua orang ke Paris.

Previous post

Perodua Daftar 82,700 Kenderaan Dari Januari Hingga April 2019

Next post

Fitri Positif Hadapi Pusingan 3 Cub Prix

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *