Berita Auto

Peraturan Baru Cermin Gelap Diumumkan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini telah mengumumkan peraturan baru lapisan filem atau cermin gelap ke atas kenderaan motor milik persendirian.

BHP Banner Kin's Auto

Peraturan sedia ada menetapkan kadar ketelusan cahaya tampak (VLT) bagi bahagian cermin hadapan kenderaan adalah 70%, bagi cermin sisi kiri dan kanan adalah 50% manakala cermin sisi kiri dan kanan serta cermin belakang penumpang adalah 30%.

Menerusi pindaan terbaru ini, kadar VLT cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan boleh dikurangkan daripada 70% (tiada had) dengan syarat kenderaan itu mempunyai cermin pemantul sisi (side mirror). Sementara itu, kadar VLT bagi cermin hadapan dan cermin sisi kanan dan kiri pemandu dikekalkan seperti sedia ada.

jpj cermin gelap

Mereka yang ingin menggunakan cermin yang lebih gelap boleh membuat permohonan atas sebab-sebab khusus seperti faktor keselamatan atau faktor kesihatan.

Setiap permohonan yang dikemukan di atas faktor keselamatan akan dikenakan fi sebanyak RM50 dan setiap permohonan yang lulus akan dikenakan fi sebanyak RM5,000 bagi dua tahun. Pemohon perlu memohon semula apabila tempoh sah laku tamat dan akan dikenakan fi yang sama dalam setiap permohonan.

Individu yang ingin membuat permohonan pengecualian di atas faktor kesihatan hendaklah mendapatkan pengesahan bertulis daripada pakar perubatan Kerajaan dan akan dikecualikan daripada sebarang kenaan fi.

 

 

 

Previous post

Pandu Uji Mitsubishi dan Menangi Makan Malam Bersama Izzue Islam dan Amyra Rosli

Next post

Ford Ranger Raptor - Pikap Terbaik - DSF.my-Allianz Vehicle of the Year 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *