Berita Auto

Ford Ranger Raptor – Pikap Terbaik – DSF.my-Allianz Vehicle of the Year 2019

DSF.my Allianz Vehicle of the Year 2019 berlangsung Jumaat lalu 3 MEI 2019 dan pemenang Pikap Terbaik 2019 ialah Ford Ranger Raptor.

BHP Banner Voty Raptor

Kenyataan Akhbar Sime Darby Auto ConneXion Sdn Bhd

KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Mei 2019 – Ford Ranger Raptor telah memenangi anugerah Trak Pikap Terbaik Tahun 2019 daripada DSF.my-Allianz Vehicle of the Year Awards (VOTY 2019).

Kemenangan tersebut mengukuhkan lagi kedudukan Ranger dalam segmen trak pikap Malaysia. Dengan DNA Prestasi Ford yang terbina terus ke dalam varian Built Ford Ranger Tough, trak Raptor melangkaui jangkaan dan kekal menjadi tanda aras baharu sebagai satu-satunya trak prestasi untuk kemampuan dan kelajuan di laluan lasak.

Pelancaran Ranger Raptor juga telah membuka pasaran baharu untuk sektor trak pikap premium berprestasi tinggi, satu-satunya di dalam negara.

Varian Ranger terus menerima penghargaan di Malaysia sejak tahun 2012. Antaranya ialah Trak Pikap Terbaik tahun 2018 untuk anugerah Malaysia Car Of The Year (COTY), Trak Pikap Terbaik 2018 daripada DSF.my Allianz Vehicle of the Year Awards (VOTY), Anugerah Emas untuk Trak Pikap Terbaik daripada People’s Choice Awards & Editors’ Choice Award 2018, Carlist.my serta Trak Pikap Terbaik 2018 daripada TopGear Chinese.VOTY 2019 Pikap

 

####

Previous post

Peraturan Baru Cermin Gelap Diumumkan

Next post

Pengeluaran Porsche 911 Speedster Bermula

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *