Berita Auto

MINI John Cooper Works Clubman, Countryman Tampil Dengan 306 HP

Mini telah memperkenalkan varian John Cooper Works (JCW) bagi model Clubman dan Countryman. Kedua-duanya tampil dengan kuasa yang lebih tinggi, namun ketiadaan versi manual boleh dikatakan satu kehilangan besar buat mereka yang lebih gemar menukar gear sendiri.

BHP Banner Defender

Seperti yang dijangka, enjin 2.0-liter TwinPower Turbo telah diperkasakan bagi varian JCW dan kini ia menjana 306 hp dan 450 Nm antara 1,750 dan 4,500 rpm, mewakili peningkatan sebanyak 32% dan 28% berbanding enjin terdahulu.

2019-mini-john-cooper-works-countryman

Satu-satunya pilihan transmisi yang ditawarkan adalah automatik Steptronic lapan kelajuan. Dipadankan dengan sistem pacuan semua roda ALL4, JCW Clubman boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.9 saat manakala JCW Countryman dalam 5.1 saat. Kelajuan maksimum bagi kedua-dua model dihadkan pada 250 km/j.

2019-mini-john-cooper-works-clubman (2)

Selain enjin lebih berkuasa, kedua-dua model JCW ini juga didatangkan dengan penambahbaikan baharu bagi menjadikan ia lebih lincah di jalan raya. Antaranya adalah differential mekanikal pada gandar hadapan yang ditugaskan untuk membahagikan tork antara tayar kiri dan kanan mengikut keperluan.

2019-mini-john-cooper-works-clubman (4)

Bukan itu sahaja, casis kedua-dua model turut diperkukuhkan, malah lebih ringan berbanding sebelum ini. Pelanggan juga boleh mendapatkan casis adaptif dengan peredam elektronik untuk pengendalian lebih sporty.

2019-mini-john-cooper-works-clubman (1)

Turut dipertingkatkan adalah sistem brek yang merangkumi cakera 360 mm di hadapan dan cakera 330 mm dengan angkup empat omboh di belakang. Bagaimanapun, hanya angkup hadapan menampilkan logo JCW.

2019-mini-john-cooper-works-clubman (5)

2019-mini-john-cooper-works-clubman (3)

2019-mini-john-cooper-works-clubman (6)

2019-mini-john-cooper-works-clubman (7)

2019-mini-john-cooper-works-countryman (1)

 

 

Previous post

Kia Akan Perkenal SUV Kompak Untuk Golongan Milenial

Next post

Peraduan 'Syioknya Raya' BHPetrol Tawar Pelbagai Hadiah Menarik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *