Gaya Hidup

Peraduan ‘Syioknya Raya’ BHPetrol Tawar Pelbagai Hadiah Menarik

Bersempena dengan bulan Ramadan serta sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) kini sedang mengadakan peraduan ‘Syioknya Raya’ di mana pelanggan yang membeli produk-produk terpilih di BHPetromart berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.

Diadakan selama dua bulan dari 1 Mei hingga 30 Jun 2019, peraduan ini boleh didapati di semua 280 stesen BHPetrol dan ianya boleh disertai oleh mereka yang berusia 18 tahun ke atas.

BHP Banner Defender

Pelbagai produk dari 21 jenama ditawarkan pada harga promosi sepanjang tempoh peraduan. Pelanggan yang membeli mana-mana produk layak menyertai peraduan ini dengan mengambil gambar resit lengkap dengan nama dan nombor MyKad dan menghantarnya melalui WhatsApp ke 018-2989600. Pemenang hadiah mingguan akan diumumkan pada akhir tempoh peraduan.

Hadiah yang ditawarkan adalah dua unit telefon pintar Samsung S10 sebagai hadiah utama, empat unit TV UHD 50 inci sebagai hadiah kedua, lapan unit permainan konsol Nintendo Switch sebagai hadiah ketiga dan 30 baucar BHPetrol bernilai RM300 setiap satu sebagai hadiah saguhati.

Previous post

MINI John Cooper Works Clubman, Countryman Tampil Dengan 306 HP

Next post

Servis Dan Periksa Kereta Anda Sebelum Balik Kampung Raya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *