Berita Auto

Volvo XC60, V60 Kini Boleh Didapati Dengan Pakej Polestar Engineered

Pada pertengahan tahun lalu, Volvo memperkenalkan pakej Polestar Engineered untuk sedan S60. Kini, pakej yang sama turut ditawarkan kepada dua lagi model siri 60 iaitu XC60 dan V60.

BHP Banner MPV Lexus

Dibangunkan khas untuk varian T8 Twin Engine, pakej tersebut merangkumi talaan perisian yang membawa kepada peningkatan kuasa sebanyak 8 hp dan 30 Nm, menjadikan kuasa keseluruhan kini sebanyak 415 hp dan 670 Nm.

Selain naik taraf enjin, aspek casis dan pengendalian turut diberi penambahbaikan dalam bentuk ‘strut bar’ hadapan Öhlins. Kehadiran komponen ini menjadikan bahagian hadapan kenderaan lebih kukuh dan ini menghasilkan pengendalian yang lebih tepat dan responsif.

volvo-xc60-v60-polestar-engineered

Pelanggan turut mendapat angkup brek enam omboh berwarna emas untuk tayar hadapan. Rekaan rim unik bukan sahaja memberikan imej yang lebih garang, malah dapat meningkatkan tahap aliran udara pada cakera brek.

Bercakap tentang imej, model yang dilengkapi dengan pakej Polestar Engineered boleh dibezakan menerusi kemasan hitam krom pada muncung ekzos, jeriji berwarna hitam berkilat, sambungan gerbang roda serta logo ‘Polestar Engineered’ pada bahagian hadapan dan belakang.

 

Previous post

Lexus MPV Disahkan Dengan Nama Berdaftar

Next post

Mercedes-AMG CLA 35 4Matic Bakal Muncul Tidak Lama Lagi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *