Cerita Auto

Perodua Myvi Tembusi Pasaran Singapura

Perodua Myvi generasi ketiga telah dilancarkan secara rasmi di Singapura. Ia ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.3 X AT dan 1.5 H AT, masing-masing berharga SGD64,800 (RM197,093) dan SGD69,800 (RM212,301) termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan dan Sijil Kelayakan (COE).

BHP Banner XC40 China

“Kemasukan Myvi generasi ketiga ke Singapura adalah penting bagi jenama kami walaupun berdepan dengan halangan untuk memasuki pasaran matang ini. Ini juga menandakan destinasi eksport pertama bagi model ini di bawah jenama Perodua,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

??????????

Perodua turut mengeksport Myvi generasi ketiga ke Indonesia, namun model itu dijual sebagai Daihatsu Sirion di sana. Bagi pasaran Singapura, Myvi boleh didapati menerusi Perocom Auto yang merupakan pengedar sah Perodua yang tunggal di negara itu.

??????????

Bilangan kenderaan baharu yang didaftarkan di Singapura berbeza dari tahun ke tahun, iaitu sebanyak 80,281 unit pada 2018, 91,922 pada 2017, 87,504 pada 2016 dan 57,589 pada tahun 2015, berdasarkan statistik Lembaga Pengangkutan Darat (LTA). Walaupun kecil, pasaran automotif Singapura adalah antara yang paling dikawal selia di rantau ini.

??????????

“Perodua Myvi mendapat sambutan yang sangat baik oleh rakyat Malaysia, dan di Singapura turut terdapat sekumpulan peminat setia yang menanti-nantikan ketibaan model generasi ketiga ini,” kata Pengarah Urusan Perocom Auto Pte Ltd En John Ng.

 

Previous post

Azroy Ungguli Perlumbaan Batu Kawan

Next post

Honda CBR650R, CB650R Dilancarkan di Malaysia Autoshow 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>