Sukan

Azroy Ungguli Perlumbaan Batu Kawan

Azroy Hakeem Anuar meneruskan rentak cemerlang apabila berjaya meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam kategori CP150 setelah menjuarai perlumbaan pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang berakhir di Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini.

BHP Banner XC40 China

Pelumba Idemitsu Honda Yuzy Racing yang sebelum ini memenangi perlumbaan pusingan pembukaan di Jasin, Melaka bermula ccemerlang untuk mendahului kedudukan melepasi Md Akid Aziz yang memulakan perlumbaan dari petak pertama.

Akid yang kemudiannya cuba untuk mengejar terpaksa menarik diri dari perlumbaan setelah terjatuh seawal pusingan pertama manakala Md Helmi Azman yang ketika itu sedang mendahului perlumbaan mengalami masalah jentera pada pusingan kedua sekaligus membuka ruang selesa buat Azroy untuk terus mendahului perlumbaan.

CP150 in action

Juara bertahan, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) yang mengekori di belakang mengekori di belakang namun Azroy bijak menutup ruang sekligus muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat.

Azroy menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 17’34.904s diikuti Afif dengan masa 17’35.080s. Pelumba senior, Ahmad Fazrul Sham bangkit menebus kehampaan pusingan pertama apabila melengkapkan kedudukan podium dengan masa 17’45.922s.

Podium di tempat kedua membantu Afif untuk naik ke kedudukan kedua keseluruhan dengan mengumpul 33 mata diikuti Fazrul dengan 27 mata.

Podium CP115

Podium CP115

Sementara itu, dalam saingan CP115 menyaksikan Md Syafiq Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) yang memulakan perlumbaan dari petak pertama berjaya mendominasi 15 pusingan perlumbaan untuk muncul juara dengan masa keseluruhan 13:45.133s.

Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) yang bermula dari petak kelima muncul naib juara dengan masa keseluruhan 13:45.224s sekaligus meletakkannya selaku pendahulu keseluruhan dengan 40 mata.

Duo Motul Yamaha YY Pang, Md Adib Rosley dan Md Fareez Afeez Abd Rahman menamatkan saingan di kedudukan ketiga dan keempat, masing-masing dengan masa 13:45.823 dan 13:46.258.

Podium WIRA

Podium WIRA

Dalam saingan kategori WIRA, Md Aliff Danial M Asri (PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing muncul juara dengan masa keseluruhan 11:22.864s diikuti Md Sharul Ezwan M Sharil (AFB TECH Racing) kedua, 11:23.957s dan rakan sepasukan Md Aliff, Md Haziq Rosmaza ketiga, 11:25.946s.

Dua podium dalam dua perlumbaan membantu Md Sharul Ezwan M Sharil untuk mendahului kedudukan keseluruhan dengan 36 mata.

Previous post

Kelab Vendor Perodua (KVP) Kini Dikenali Sebagai Persatuan Pembekal Perodua (P2SA)

Next post

Perodua Myvi Tembusi Pasaran Singapura

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>