Berita Auto

Kelab Vendor Perodua (KVP) Kini Dikenali Sebagai Persatuan Pembekal Perodua (P2SA)

Kelab Vendor Perodua (KVP) telah dijenamakan semula sebagai Persatuan Pembekal Perodua (P2SA), dengan logo baharunya diperkenalkan di Malaysia Autoshow 2019 oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr Mahathir Mohammad.

Menurut Presiden P2SA, Musa Zahidin Tan Sri Ahmad Zaidee, selain keadaan pasaran yang mencabar dengan saingan lebih sengit daripada pembekal global, landskap industri automotif tempatan juga telah berubah secara drastik dalam tempoh lima tahun lalu.

“Setakat ini, Perodua menjadi penyumbang utama bagi komponen auto tempatan pengeluar dan kami mengambil isyarat daripada mereka (Perodua) untuk melihat di luar Malaysia jika kita mahu meraih peluang yang ada,” Musa berkata.

P2SA turut memberi penghargaan kepada pengurusan tertinggi Perodua, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd, Masanori Takahashi dan Presiden Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, Datuk Ahmad Suhaimi Hashim, atas dedikasi dan komitmen mereka  ke arah membangunkan vendor Malaysia.

Perodua membeli komponen automotif bernilai RM5 bilion daripada pembekal tempatan pada tahun 2018 sahaja. Syarikat itu juga menyatakan bahawa ia akan membeli komponen bernilai lebih RM6 bilion menjelang 2020 menerusi aktiviti lokalisasinya.

BHP Banner XC40 China

Selain daripada komitmen yang dibuat oleh Perodua, P2SA telah mendapat manfaat dari bimbingan Perodua terutamanya dalam membantu memacu operasi di kalangan ahli persatuan.

Aktiviti-aktiviti ini termasuklah inisiatif Program Jurutera Residen Vendor di mana Perodua menugaskan juruteranya untuk bekerja di pembekal bagi memahami kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh mereka.

Musa berkata sebagai sebahagian daripada usaha penjenamaan semula, P2SA akan menguatkan lagi pembangunan amalan terbaik untuk anggotanya, bukan sahaja dalam peralatan dan proses pengurusan, tetapi juga dalam program pembangunan insan.

“Kami telah menganjurkan acara seperti pertandingan Karakuri (kaedah berasaskan mekanikal bagi meningkatkan produktiviti dalam proses), pengenalan dojo dan pelbagai aktiviti berasaskan industri bagi meningkatkan kebolehan anggota kami untuk Perodua dan Malaysia dalam menghadapi cabaran global.

Buat masa ini PS2A mempunyai sejumlah 125 syarikat anggota dengan kekuatan tenaga kerja melebihi 100,000 orang.

 

Previous post

Pengeluaran Volvo XC40 Sekarang Di China

Next post

Azroy Ungguli Perlumbaan Batu Kawan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *