Aksesori / Produk / Alatan / Minyak

CKL Group Pengedar Eksklusif Minyak Enjin Autobacs Di Malaysia

CKL Group (M) Sdn Bhd, syarikat induk jenama peruncit automotif tempatan, Lim Tayar, telah memeterai perjanjian pengedaran eksklusif dengan AUTOBACS Seven Co., Ltd, iaitu peruncit alat ganti dan aksesori automotif yang berpangkalan di Tokyo.

BHP Banner Autobacs

Hidemitsu Ansai, Pengurus Kumpulan Perancangan & Pengurusan AUTOBACS Seven – Bahagian Perniagaan Luar Negara, turut bersama mementeraikan majlis tandatangan perjanjian tersebut yang berlangsung di ibu pejabat CKL Group di Desa Sri Hartamas.

Produk Minyak Enjin Sintetik Penuh AUTOBACS kini boleh didapati di seluruh negara di semua cawangan Lim Tayar dan AUTOBACS Malaysia, serta pengedar alat ganti automotif yang lain di Malaysia. Varian minyak enjin yang dibekalkan adalah 5W-30 dan 5W-40 yang sesuai untuk enjin petrol dan diesel, serta 0W-20 dan 0W-30, yang bukan sahaja sesuai untuk enjin petrol dan diesel, malahan juga kereta mesra alam.autobacs racingSemua peruncit dan pengedar di Malaysia yang berminat boleh membuat pembelian secara terus daripada CKL Group, yang juga merancang untuk membekalkan Minyak Enjin Separa Sintetik AUTOBACS dalam suku ketiga tahun 2019.

Clement Lim dan Melissa Lim, Pengarah Eksekutif Bersama, CKL Group berharapan untuk mempertingkatkan tawaran produk dan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh tanah air.

CKL Group bakal melancarkan kempen Hari Raya di seluruh negara pada bulan depan.

Autobacs Exclusive Distribution Agreement Signing

Left 1: Choon Wei Chieh (Purchasing Manager)
Left 2: Melissa Lim (JMD)
Left 3: Daniel Cheong (Finance & Admin Director)
Left 4: Lim Chee Kong (Founder)
Right 4: Hidemitsu Ansai (Manager of Planning & Management Group – Overseas Business Department)
Right 3: Lim Chee Keong (Purchasing Director)
Right 2: Terry Marui (Vice President of Wholesales Business Group – Overseas Business Department)
Right 1: Clement Lim (JMD)

 

 

Previous post

Kereta Volvo Di Eropah Sekarang Boleh Bagi Amaran Antara Satu Sama Lain.

Next post

Honda Insurance Plus Ditawarkan Untuk Pemilik Honda di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *