Berita Auto

Kempen ‘Michelin Safe on The Road’ Dilancarkan

Michelin telah melancarkan kempen keselamatan jalan raya tahunannya, Michelin Safe on The Road (MSOR) yang bertujuan menekankan kepentingan penyelenggaraan dan pemeriksaan berkala terhadap tayar.

BHP Banner audi A3 A5

Menerusi kempen ini, pakar dan kakitangan Michelin akan menjalankan penilaian menyeluruh terhadap keadaan tayar untuk orang ramai di pelbagai lokasi di seluruh Malaysia sepanjang bulan Mei ini.

Jadual ‘Michelin Safe on The Road (MSOR) Truck Roadshow’ adalah seperti berikut:

MSOR

Sebagai sebahagian daripada ‘MSOR Truck Roadshow’, pendidikan mengenai keselamatan jalan raya dari dalam trak akan diadakan di samping pemeriksaan tayar percuma yang merangkumi ketepatan tekanan udara, kedalaman bunga tayar dan keadaan tayar secara keseluruhan.

Pemandu yang mengambil bahagian juga akan menerima baucar perkhidmatan servis kereta beserta kad Petron percuma bernilai RM50 apabila mereka berbelanja di Pusat Pakar Michelin.

Photo 3 (1)

Tahun lalu, Michelin berjaya mengendalikan pemeriksaan terhadap 1,100 buah tayar di lebih daripada 26 lokasi di seluruh negara. Tahun ini pula, dengan sokongan daripada rakan kongsi iaitu Petron dan Tesco serta Aeon Big, kempen MSOR akan berkembang ke lebih banyak lokasi di utara dan selatan Semenanjung Malaysia.

Previous post

258 Kakitangan Proton Terima Sijil Kemahiran Malaysia

Next post

Porsche 911 GT2 RS Tetapkan Masa Penanda Aras Baru di Elkhart Lake

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *