Sukan

Kerjasama IVECO Dan Pasukan Lumba Alfa Romeo

Syarikat trak itu baru-baru ini meraikannya di majlis rasmi di Hinwil, Switzerland, menyusul penyerahan 13 kenderaan IVECO kepada pasukan – 12 truk Stralis dan satu van harian.

BHP Banner

Kenderaan-kenderaan ini akan ditugaskan sebagai pengangkut peralatan pasukan untuk kesemua perlumbaan F1 di Eropah sepanjang baki musim ini.

Thomas Rücker, Pengarah Perniagaan IVECO Schweiz, berkata perkongsian itu membawa pelbagai manfaat.

IVECO Alfa Romeo Racing 2

“Kami bangga memasuki perkongsian ini dengan Alfa Romeo Racing dan menyediakan pengangkutan untuk peralatan pasukan,” katanya.

“IVECO mempunyai tradisi lama perkongsian dan penyertaan dalam dunia sukan, dan khususnya perlumbaan, di mana trak kami dapat dilihat bersaing dalam Rali Dakar dan FIA Kejohanan Trak Eropah.

“Kami teruja dengan musim perlumbaan baru ini dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Alfa Romeo Racing.”

“Kami mengalu-alukan kedatangan IVECO sebagai rakan kongsi trak rasmi Alfa Romeo Racing,” katanya.

IVECO Alfa Romeo Racing 3

 

Previous post

Yamaha Y15ZR V2 Dijual Pada Harga RM8,168

Next post

Adakah Shell Mengurangkan Harga Pelincir Mereka Kerana Artikel www.dsf.my

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *