Berita Auto

Volvo Akan Hadkan Kelajuan Maksimum Kenderaannya Pada 2020

Bermula 2020, Volvo akan mengambil langkah drastik bagi meningkatkan aspek keselamatan kenderaan keluarannya dengan mengehadkan kelajuan maksimum kepada 180 km/j sahaja.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi Vision 2020 yang menetapkan agar tiada lagi penumpang terbunuh atau cedera parah di dalam kereta Volvo menjelang tahun 2020.

Menurut pengeluar dari Sweden itu, pada kelajuan tertentu, teknologi keselamatan dan rekaan infrakstruktur pada kenderaannya tidak lagi cukup untuk mengelakkan kecederaan teruk dan kematian jika berlaku kemalangan.

Volvo-XC90_2020_15

Data dari National Highway and Traffic Safety Administration (NHTSA) menunjukkan bahawa 25 peratus daripada angka kematian di jalan raya di Amerika Syarikat pada tahun 2017 disebabkan oleh kelajuan.

Volvo juga akan membuat kajian bagaimana gabungan kawalan kelajuan pintar dan teknologi geofencing dapat mengehadkan kelajuan secara automatik di sekitar kawasan sekolah dan hospital pada masa hadapan.

Selain kelajuan, Volvo turut menyatakan bahawa dua lagi punca kemalangan adalah memandu dalam keadaan mabuk dan gangguan ketika memandu. Syarikat itu akan membentangkan idea bagi menangani kedua-dua masalah tersebut pada acara khas di Gothenburg, Sweden pada 20 Mac.

 

 

 

 

Previous post

Perodua Jual 37,400 Kenderaan Dalam Dua Bulan Pertama 2019

Next post

9 Perniagaan Baharu Dari Program Kereta Terbang Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *