Bisnes

Perodua Jual 37,400 Kenderaan Dalam Dua Bulan Pertama 2019

Permintaan yang tinggi untuk hampir kesemua modelnya menyaksikan Perodua menjual hampir 37,400 kenderaan dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2019, mewakili peningkatan sebanyak 7.3% berbanding 34,800 kenderaan yang dijual pada tempoh yang sama sebelumnya.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Dalam bulan Januari dan Februari tahun ini, Perodua menjual sekitar 15,000 unit Myvi, 10,100 unit Axia, 5,900 unit Bezza, 3,600 unit Aruz dan 2,700 unit Alza. Dari segi pengeluaran, 36,500 kenderaan telah dikeluarkan – hampir 6.2% lebih daripada 34,375 unit dalam tempoh yang sama tahun lepas.

“Sementara menunggu laporan bahagian pasaran daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA), kami menganggarkan bahawa bahagian pasaran kami setakat tahun ini adalah 41%,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr Zahari Husin.

Perodua Aruz

“Sementara itu, SUV tujuh tempat duduk terbaharu kami, Perodua Aruz, terus meraih pesanan yang memberangsangkan dengan lebih daripada 13,000 tempahan diterima sejak awal Januari,” tambah Dato’ Dr Zahari.

Aruz ditawarkan dalam dua varian iaitu X dan AV. Pada masa ini, kira-kira 85% daripada tempahan adalah untuk AV.

Perodua kini mengadakan roadshow Aruz On Tour di seluruh negara, bermula pada 13hb Februari di Selangor dan seterusnya ke Johor Bahru, Kota Bharu dan berakhir di Kuching pada 8-10hb Mac bertempat di pusat membeli-belah The Spring.

Previous post

Rolls Royce Ghost Ditemui Di KL

Next post

Volvo Akan Hadkan Kelajuan Maksimum Kenderaannya Pada 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *