Berita Auto

Pusat 3S Proton Dibuka di Kluang, Johor

Street Car Sdn Bhd secara rasminya telah membuka pusat 3S Proton yang pertama di Kluang dengan Identiti Korporat syarikat (CI) yang baharu. Majlis telah dirasmikan oleh Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, dan turut dihadiri oleh barisan Pengarah Street Car dan ahli pengurusan kanan Proton.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Street Car telah menjadi pengedar Proton sejak sembilan tahun yang lalu, memulakan perniagaan sebagai pengedar cawangan 1S di Johor Bharu. Untuk mengembangkan lagi perniagaannya, syarikat itu mengambil keputusan untuk membuka sebuah cawangan 3S baharu di pusat bandar Kluang.

plaque signing by Dr Li Chunrong, PROTON

Dengan pelaburan bernilai RM3.5 juta, pusat 3S berkeluasan sebesar 827 meter persegi itu dilengkapi dengan empat petak penyelenggaraan, empat pengangkat, Wi-Fi percuma, ruangan minuman, ruang rehat pelanggan, serta ruang parkir luas yang disediakan untuk pelanggan.

ribbon cutting 2

Soong Chai Huat, Pengarah Urusan Street Car Sdn Bhd berkata, “Keputusan yang diambil untuk membuka cawangan 3S
baharu di Kluang adalah satu keputusan yang mudah kerana kami mendapati tempat ini mempunyai potensi perniagaan yang
besar.”

car delivery to cutsomer, Dato'Sri Dato'Jenny Cheng

Proton kini mempunyai 75 cawangan 3S/4S yang beroperasi di seluruh negara. Jumlah tersebut meletakkan Proton sebagai yang pertama mempunyai cawangan 3S/4S yang paling banyak bagi jenama automotif di Malaysia.

Previous post

Jesko Bukti Kehebatan Kejuruteraan Koenigsegg

Next post

Mazda CX-30 Dilancar Di Geneva

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *