Berita Auto

Jesko Bukti Kehebatan Kejuruteraan Koenigsegg

Seperti yang dijanjikan, Koenigsegg memperkenalkan model terbarunya di acara Geneva Motor Show 2019. Dikenali sebagai Jesko, ia merupakan pengganti kepada Agera RS yang diperkenalkan empat tahun lalu. Ia dinamakan sempena Jesko von Koenigsegg iaitu bapa kepada pengasas dan CEO syarikat, Christian von Koenigsegg.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Memacu model ini adalah enjin 5.0-liter twin-turbo V8 yang telan diberi peningkatan dalam bentuk aci engkol flat-plane 180 darjah, sistem intake baharu, pengecas turbo lebih besar dengan suntikan udara dan sistem kawalan tekanan yang lebih tepat.

koenigsegg-jesko-gohedgostan-08

Dengan berat 12.5 kg, enjin tersebut menjana 1,280 hp dengan petrol biasa (1,600 hp dengan E85) dan 1,500 Nm tork pada 5,100 rpm. Lebih 1,000 Nm dihasilkan antara 2,700 dan 6,170 rpm. Maklumat lanjut mengenai prestasi tidak didedahkan, namun kita semua tahu ia boleh mencapai kelajuan 100 km/j lebih pantas daripada kita boleh eja perkataan ‘Koenigsegg’,

koenigsegg-jesko-gohedgostan-04

Selain itu, apa yang baru adalah transmisi multi-klac sembilan kelajuan yang digelar sebagai Light Speed Transmission (LST). Ia menggunakan konsep yang sama dengan transmisi dwi-klac (DCT) namun dengan LST, pemandu boleh menukar gear tanpa perlu mengikut turutan (dari 7 ke 4, contohnya). Ciri ini dikenali sebagai Ultimate Power on Demand.

koenigsegg-jesko-gohedgostan-05

Menariknya tentang LST, ia juga lebih ringan (90 kg) berbanding DCT (140 kg) dan mempunyai reka bentuk lebih kompak. Ia boleh dioperasikan menerusi paddle shifter atau tuil gear ala manual.

koenigsegg-jesko-gohedgostan-09

Casis monocoque gentian karbon Jesko dipadankan dengan peredam Triplex pada bahagian hadapan dan belakang. Agera mempunyai peredam yang sama tetapi hanya pada gandar belakang. Selain itu, ia juga didatangkan sistem stereng roda belakang.

koenigsegg-jesko-gohedgostan-10

Jesko boleh menjana sehingga 1,000 kg downforce dan didatangkan dengan rim gentian karbon berukuran 20 inci di depan dan 21 inci di belakang, masing-masing sebera 5.9 kg dan 7.4 kg. Rim tersebut dibalut dengan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2, tayar yang sama yang digunakan oleh Agera RS untuk mencatat rekod kelajuan.

koenigsegg-jesko-gohedgostan-02

koenigsegg-jesko-gohedgostan-06

koenigsegg-jesko-gohedgostan-07

koenigsegg-jesko-gohedgostan-03

 

Previous post

Akid Buru Kemenangan Pembukaan ARRC di Sepang

Next post

Pusat 3S Proton Dibuka di Kluang, Johor

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *