Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Mercedes-Benz Malaysia Umum Harga Bateri S400h dan E300 BlueTEC Hybrid

Mercedes-Benz Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai harga bateri lithium-ion bagi Mercedes-Benz S400h dan E300 BlueTEC Hybrid. Ini berikutan tular gambar bil penggantian bateri hibrid model itu di sosial media baru-baru ini.

BHP Banner Levente

Menurut syarikat itu, harga runcit yang disyorkan bagi bateri hibrid S400h adalah RM65,000 manakala bagi E300 BlueTEC Hybrid pula adalah RM50,000.

Bukan itu sahaja, Mercedes-Benz Malaysia turut memperkenalkan program waranti lanjutan bateri hibrid di mana jaminan bagi komponen itu boleh dilanjutkan selama empat tahun dengan hanya RM2,688.

Mercedes-Benz E300 BlueTEC Hybrid

Program itu juga akan menanggung sepenuhnya kos pembaikan atau penukaran bateri untuk lapan tahun atau 180,000 km, mana-mana tiba dahulu.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan Mercedes-Benz Malaysia di talian 1-800-88-1133 (waktu operasi Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 8 malam) atau emel ke customercare_my@daimler.com.

Previous post

Maserati Levante Vulcano Tiba @ Hanya RM838,800

Next post

Pemenang Pandu Uji Kereta Renault

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *