Promosi

Pemenang Pandu Uji Kereta Renault

Ya. Pandu uji kereta boleh menang hadiah dan ini dia … 85 insan bertuah yang menang.

Lima menang Apple iPhones XS baharu setiap satu, 50 menang kad hadiah petrol bernilai RM100 setiap satu dan 30 pek hadiah esklusif Renault.

Tahniah kepada semua pemenang. Kita tunggu pertandingan seterusnya. Kita pun nak menang!

BHP Banner Test drive

Siaran Akhbar

PEMENANG ‘RENAULT TEST DRIVE CHALLENGE’ MEMBAWA PULANG LAMBAKAN HADIAH TERMASUK LIMA UNIT APPLE iPHONE XS

Kuala Lumpur, 14 Mac 2019 – Pemegang tunggal francais kenderaan Renault di Malaysia, TC Euro Cars (TCEC), baru-baru ini mengumumkan keputusan untuk kempen ‘Renault Test Drive Challenge’ dan mengadakan upacara penyampaian hadiah.

85 hadiah bertuah telah dibawa pulang termasuk lima unit hadiah utama iaitu Apple iPhones XS baharu, selain daripada 50 kad hadiah petrol bernilai RM100 setiap satu and 30 pek hadiah esklusif Renault.

Kempen ‘Renault Test Drive Challenge’ dianjurkan untuk menggalakkan lebih ramai orang untuk memandu Renault supaya mereka lebih mengenali pemanduan luar biasa yang ditawarkan oleh Perancis. Secara keseluruhannya, kempen ini disambut dengan baik.

Diadakan di bilik pameran Renault di seluruh negara bermula dari 7 November hingga 31 Disember 2018, Kempen ‘Renault Test Drive Challenge’ ini juga terbuka kepada pelanggan GoCar yang memandu uji Captur melalui platform ‘ride-sharing’ sepanjang tempoh kempen.

‘Kami bersyukur kerana begitu ramai orang telah mengambil bahagian dalam ‘test drive challenge’ ini dan memandu uji kenderaan Renault. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kami berharap untuk mengadakan lebih banyak kempen sedemikian supaya jenama Renault lebih dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia serta memberi lebih banyak dorongan kepada rakyat Malaysia untuk mempertimbangkan Renault,” kata Kuan Kim Luen, Ketua Pegawai Eksekutif, TC Euro Cars Sdn. Bhd.

Lima orang pemenang hadiah utama termasuk Siti Noriah binti Arshad, 47 tahun, Rohazlin binti Zukkafli, 34, Ganesh Kumar Manokara, 36, Mohamed Al-Azadi Aljohari, 36 dan Amran Md Shaari 51 tahun yang telah menyertai kempen ini melalui ‘test drive experience with GoCar’.

“Saya sangat terkejut apabila diberitahu yang saya merupakan salah seorang pemenang hadiah utama. Terima kasih saya ucapkan kepada TCEC dan Renault kerana menganjurkan kempen ini. Ini memanglah kehendak hati saya kerana saya agak berminat untuk memandu uji Koleos, selepas mendengar cadangan seorang pelanggan saya yang memiliki Captur. Pengalaman memandu uji Koleos memang hebat. Saya amat kagum dengan ruang dalaman Koleos yang mewah, lampu kabin yang boleh diubah suai dan prestasi yang hebat,” kata Mohamed Al-Azadi Aljohari.

Ganesh Kumar Manokara yang memandu uji Captur pula berkata pada mulanya dia cuma tertarik hati dengan hadiah Apple iPhone XS walaupun dia tidak pernah terfikir dia begitu bertuah. “Saya sangat gembira kerana telah dipilih sebagai salah seorang pemenang dan saya juga menghargai pengalaman baik saya bersama perunding jualan Renault yang membantu saya sepanjang proses pembelian saya,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Renault di Malaysia, sila layari www.renault.com.my atau www.facebook.com/RenaultMalaysia.

Group Photo_Renault Test Drive Challenge Prize Giving

Apple iPhone XS winners of the ‘Renault Test Drive Challenge’: (from left) Rohazlin binti Zukkafli, Amran Md Shaari, TCEC Chairman Nicholas Tan, Mohamed Al-Azadi Aljohari, an executive from GoCar, TCEC Head of Sales Wong Hoe Mun, Ganesh Kumar Manokara and Siti Noriah binti Arshad.

Previous post

Mercedes-Benz Malaysia Umum Harga Bateri S400h dan E300 BlueTEC Hybrid

Next post

Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri Keluar Kenyataan Berkenaan Lesen Import (AP) Terbuka

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>