Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Kereta Kompak Elektrik Honda Untuk 2020

Dipersembahkan buat kali pertama pada September 2017 di Pameran Motor Frankfurt, Honda Urban-EV berdasarkan platform baharu yang khusus untuk kereta elektrik.

 BHP Infiniti Thematic_Web Banner_Gohed Gostan_BM_650x85_FA

Kereta ke hulur hilir bandar ini dilengkapi dengan mod penggerak baharu dengan ciri-ciri penghuni bandar masa depan. Kereta ini 3.90m panjang, lebar 1.75m dan tinggi 1.50m dan kelihatan sangat bergaya dengan pemegang pintu yang boleh ditarik balik dan kamera sebagai cermin sisi luaran.prototype honda e 2

Papan pemuka digital lebar Prototaip Honda ini menunjukkan bagaimana teknologi dapat menghubungkan orang dengan lebih baik. Sambungan telefon pintar yang lancar, sistem pengendalian suara dan segala maklumat mengenai perjalanan dan gaya pemandu memandu  disediakan. Cermin sayap yang rendah digantikan dengan kamera video terkini yang paling canggih, yang memperlihatkan persekitaran sekitar dengan lebih terperinci daripada mana-mana cermin dan hampir menghapuskan bahaya titik buta. Ianya juga menghapuskan seretan. Tidak ada batang gear. Sebaliknya, butang untuk Drive, Reverse dan Park diletakkan dengan mudah tepi lutut pemandu.prototype honda e 3

Dalaman bercirikan kayu semulajadi dan sentuhan lembut, kain wool semulajadi membawa lebih ketenanggan. Grafik yang bersih, ringkas untuk paparan maklumat pemandu dan sistem infotainment memastikan bahawa teknologi terkini melengkapkan rasa semula jadi. Ruang penyimpanan dan porta mengecas memastikan segala-galanya ada tempatnya masing-masing.

Kuasa adalah kira-kira 100hp dengan jarak memandu 200km. Masa cas semula sehingga dengan 80% dalam hanya 30 minit.

Previous post

SUV Borgward BX5 Kini Di Glenmarie

Next post

Polestar 2 Dari Volvo Nampak Cantik

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *