Gaya Hidup

Honda Civic Type R Sertai Polis New South Wales

Pasukan polis New South Wales (NSW) di Australia telah menerima sebuah kereta peronda Honda Civic Type R baharu.

BHP Banner 787329

Sayangnya, hot hatch itu tidak akan digunakan untuk mengejar penjenayah. Ia sebaliknya menjadi sebahagian daripada inisiatif sosial media Eyewatch yang dijalankan untuk menghubungkan orang ramai dengan polis tempatan serta menggalakkan mereka menjadi lebih aktif dalam menjadikan komuniti mereka lebih selamat.

honda-civic-type-r-new-south-wales-police (1)

Ditaja oleh Honda Australia untuk tempoh 12 bulan, jentera itu menampilkan skema warna polis Australia serta logo program Eyewatch bagi memastikan ia dapat menarik perhatian orang ramai pada bulan-bulan yang akan datang.

honda-civic-type-r-new-south-wales-police (2)

Civic Type R ini akan membuat kemunculan di sekolah-sekolah dan acara-acara komuniti di seluruh NSW sepanjang tahun ini. Tugas rasmi pertamanya sebagai rekrut baharu adalah menghadiri Ekspo Polis dan Komuniti Fairfield yang akan diadakan pada pertengahan bulan ini.

honda-civic-type-r-new-south-wales-police (3)

Dikuasakan oleh enjin 2.0-liter empat silinder i-VTEC Turbo, Civic Type R mempunyai 310 hp dan 400 Nm, membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.7 saat.

Previous post

Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri Keluar Kenyataan Berkenaan Lesen Import (AP) Terbuka

Next post

Inisiatif PUSPAKOM Dalam Menangani Kesesakan Di Sesetengah Cawangan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *