Berita Auto

Mitsubishi ASX Kini Dengan Muka Dynamic Shield

Mitsubishi ASX (turut dikenali sebagai Outlander Sport atau RVR dalam pasaran lain) generasi ketiga telah diberikan facelift bagi tahun ini. Ia akan diperkenalkan secara rasmi di Geneva Motor Show yang berlangsung pada bulan hadapan.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Seperti yang boleh dilihat, SUV kompak ini tampil dengan ‘muka’ Dynamic Shield yang menjadikannya kelihatan tidak ubah seperti Eclipse Cross. Bahagian belakang pula menampilkan lampu LED dengan rekaan terkini, serta skid plate yang menampakkan imej lebih lasak. Terdapat tiga warna baharu untuk dipilih iaitu Red Diamond, Sunshine Orange serta Oak Brown.

2020-mitsubishi-asx-gohedgostan-03

Ruang kabin secara umumnya kelihatan seperti sebelum ini, kecuali pada bahagian papan pemuka di mana skrin sentuh sistem infotainmen membesar dari 7 kepada 8 inci. Video yang disimpan dalam pemacu flash USB boleh ditonton menerusi skrin ini.

2020-mitsubishi-asx-gohedgostan-06

Bergantung pada varian, ia juga didatangkan dengan sistem navigasi Tom-tom dengan informasi trafik masa sebenar. Mitsubishi akan turut menawarkan aplikasi yang memaparkan odometer, speedometer, lampu amaran serta pelbagai info lain pada telefon pintar.

2020-mitsubishi-asx-gohedgostan-02

Pasaran Eropah menerima varian petrol 2.0-liter dengan pilihan transmisi manual lima kelajuan atau CVT INVECS-III dengan enam kelajuan dalam mod Sport.

2020-mitsubishi-asx-gohedgostan-04

2020-mitsubishi-asx-gohedgostan-05

2020-mitsubishi-asx-gohedgostan-07

2020-mitsubishi-asx-gohedgostan-08

Previous post

Toyota 86 Tampil Lebih Bergaya Dengan Warna Hijau British

Next post

Kereta 'Main-Main' Apakah Yang Patut Anda Miliki Dulu?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *