Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Butiran Kos Penggantian Bateri Hibrid BMW

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pembeli kereta di Malaysia telah menikmati harga kereta hibrid dan hibrid plug-in (PHEV) yang rendah. Pencukaian tinggi ke atas kereta import telah menghalang banyak rakyat Malaysia dari memiliki kereta mewah sehinggalah ‘manipulasi kreatif’ pada struktur cukai import membolehkan model mild hybrid seperti Audi A6 dan Mercedes-Benz E300 Hybrid dijual pada harga yang rendah. Malahan, sesetengah model mewah yang dijual empat atau lima tahun dahulu telah meletakkan Malaysia sebagai salah satu daripada tiga negara teratas di dunia untuk jualan kereta PHEV.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Kini, selepas beberapa tahun pemilikan, pembeli-pembeli kereta ini mula merasa resah dan bimbang kerana kos penggantian bateri dan converter AC/DC yang begitu mahal mula menjadi perbualan hangat di laman media sosial. Satu laporan baru-baru ini mendedahkan bahawa kos penggantian bateri bagi sebuah sedan Jerman mencecah RM120,000, iaitu hampir menyamai harga kereta tersebut di pasaran kereta terpakai. Converter AC/DC pula berharga antara RM12,000 hingga RM28,000.

Melihat perkara ini, kami telah menghubungi jenama-jenama yang telah banyak menjual kenderaan PHEV di negara ini iaitu Volvo Cars Malaysia, Mercedes-Benz Malaysia dan BMW Malaysia untuk mengetahui kos penggantian bateri hibrid. Hanya BMW Malaysia dan Volvo Cars Malaysia memberi respon dan di sini kami akan memberitahu harga bateri 330e, 530e dan X5 xDrive40e.

BMW X5 xDrive40e

Syukur, ia tidaklah begitu menakutkan. Kami ingin berkongsi maklumat ini supaya sesiapa sahaja yang memiliki kenderaan PHEV BMW boleh mendapat ketenangan jiwa dan minda.

Semua kenderaan PHEV dari BMW didatangkan dengan jaminan selama enam tahun atau 100,000 km. Bagi i8 pula, ia mendapat jaminan lapan tahun atau 100,000 km.

BMW 530e Sport

Bateri PHEV BMW menggunakan sistem modular. Kos bagi menggantikan satu modul adalah RM7,300 dan bergantung pada model, setiap bateri pek mempunyai lima hingga enam modul. Jadi, anda mungkin berhadapan dengan kos penggantian antara RM36,500 hingga RM43,800 jika anda ingin menggantikan bateri secara keseluruhan. Kos buruh di mana-mana pusat servis BMW adalah RM1,140 bagi setiap modul, manakala bagi 3 Series dan 5 Series, kosnya adalah RM1,300.

Harus diingatkan bahawa jika kereta masih dalam jaminan, kos-kos tersebut boleh menjadi lebih rendah.

Previous post

Ford Ranger Raptor Lain Dari Yang Lain

Next post

Volkswagen T-Roc R - Crossover Berjiwa 'R'

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *