Berita Auto

Tahukah Anda Stereng Kereta Lebih Kotor Dari Tempat Duduk Mangkuk Tandas?

Suka atau tidak, hakikatnya bakteria dan kuman ada di mana-mana sahaja terutamanya pada barang-barang yang digunakan setiap hari seperti tombol pintu, telefon, alat kawalan jauh, mesin ATM dan sebagainya.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Bagaimanapun, satu kajian yang dijalankan oleh CarRentals.com menunjukkan bahawa kabin kereta adalah antara tempat paling kotor di dunia, malah mungkin lebih kotor dari mangkuk tandas. Ewww.

Menggunakan Colony-Forming Unit (CFU) sebagai unit ukuran, kajian itu mendedahkan bahawa roda stereng adalah objek terkotor di dalam kereta dengan bacaan 629 CFU. Ini bermakna ia enam kali ganda lebih kotor berbanding skrin telefon (100 CFU), empat kali ganda lebih kotor berbanding tempat duduk mangkuk tandas (172 CFU) dan dua kali ganda lebih kotor berbanding butang lif (313 CFU).

auto-2749833_1280

Sementara itu, bahagian-bahagian lain seperti pemegang cawan mempunyai bacaan 506 CFU, diikuti oleh tali pinggang keledar dengan 403 CFU, pemegang pintu dalaman dengan 256 CFU, tombol gear dengan 115 CFU dan butang kawalan audio dengan 99 CFU.

Apa yang menarik, daripada 1,000 pemandu yang menyertai kajian tersebut, CarRental mendapati 32 peratus membersihkan kereta mereka hanya sekali setahun, manakala 12 peratus tidak membersihkannya sama sekali.

Selain itu, 20 peratus daripada mereka juga makan di dalam kereta setiap minggu. Mungkin mereka tidak tahu bahawa terdapat lebih 700 jenis bakteria di dalam kereta termasuk Staphylococcus yang menyebabkan keracunan makanan dan Propionibacterium yang menyebabkan keradangan.

 

Previous post

BMW Group Malaysia Buka Fasiliti Pengecasan di Bangsar Shopping Centre

Next post

Mitsubishi Triton 2019 Dilancarkan Secara Rasmi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *