Berita Auto

BMW Group Malaysia Buka Fasiliti Pengecasan di Bangsar Shopping Centre

BMW Group Malaysia mengorak langkah pada tahun baharu ini sebagai peneraju dalam arena e-mobiliti di Malaysia dengan pengenalan enam fasiliti pengecasan BMW i di Bangsar Shopping Centre.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Tahun 2018 merupakan tahun yang memberangsangkan bagi BMW Group di peringkat global dan kami telah mencerminkannya di sini dengan satu lagi rekod baharu untuk tahun yang kelapan secara berturut-turut dengan penyerahan 14,338 unit kenderaan.”

Hoelzl juga menjelaskan bahawa portfolio Mobiliti Bervisi yang diusulkan oleh BMW Group Malaysia merangkumi penyerahan yang berjumlah 57% unit kenderaan menerusi lebih daripada 7,500 unit varian kenderaan Hibrid ‘Plug-in’ BMW dan MINI yang berjaya menemukan pemilik baharu di seluruh Malaysia pada tahun lalu.

BMW Group Malaysia Charges into 2019 (9)

Pengenalan infrastruktur baharu ini merupakan susulan kepada fastiliti-fasiliti pengecasan BMW i yang dibuka di Ramada Plaza oleh Wyndham Melaka, The Banjaran Hotsprings Retreat di Ipoh, Iconic Hotel di Pulau Pinang serta WEIL Hotel di Ipoh yang diperkenalkan pada tahun lalu.

Portfolio Mobiliti Bervisi BMW Group Malaysia dengan kenderaan BMW iPerformance juga didukung oleh platform ChargEV melalui usaha samanya dengan GreenTech Malaysia. Perkhidmatan BMW ChargeNow yang ditawarkan menerusi program BMW 360° ELECTRIC juga memberikan akses kepada fasiliti-fasiliti pengecasan rakan kongsi yang lain seperti ChargEV, ia membolehkan pengguna menikmati bantuan dan akses 24/7 bagi kesemua lokasi pengecasan.

 

 

Previous post

Kenapa Jam Tadi??? Ada Lori Tergolek!

Next post

Tahukah Anda Stereng Kereta Lebih Kotor Dari Tempat Duduk Mangkuk Tandas?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *