Berita Auto

Porsche Cayenne dan Panamera Kini Dengan Premium Package

Sime Darby Auto Performance (SDAP), pengimport rasmi kenderaan Porsche di Malaysia, telah mengumumkan bahawa Cayenne dan Panamera kini boleh didapati dengan Premium Package yang menawarkan ciri-ciri keselesaan dan kemewahan tambahan.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Ciri-ciri tambahan yang dimaksudkan adalah tempat duduk boleh laras 14 cara dengan fungsi memori bagi pemandu dan penumpang hadapan, pendingin hawa automatik empat zon, cermin auto dimming, penghadang cahaya matahari elektrik, pencahayaan ambien serta sistem audio Bose.

PAP19_0080

Selain ciri-ciri tersebut, Power Steering Plus dan Porsche Active Suspension Management (PASM) turut disertakan secara standard untuk pemanduan yang lebih sporty.

PAP19_0071

Dengan Premium Package, harga Cayenne kini bermula dari RM780,000 manakala harga Panamera pula bermula dari RM890,000. Pelanggan boleh menggunakan program pembiayaan Porsche 360 Financing yang menawarkan bayaran bulanan sehingga 30% lebih rendah.

PAP19_0073

Setiap kenderaan Porsche yang dijual oleh SDAP didatangkan dengan waranti empat tahun dan pakej penyelenggaraan percuma yang merangkumi servis, buruh dan alat ganti percuma.

mission_e_2018_porsche_ag

Dalam usaha untuk mengembangkan perniagaannya, SDAP turut mengumumkan bahawa bilik pameran Porsche Centre Ara Damansara akan dibuka menjelang akhir tahun ini. Syarikat itu juga akan membawa masuk kereta elektrik pertama Porsche iaitu Taycan pada tahun 2020.

 

Previous post

Supercar Audi PB18 e-Tron Akan Datang Setahun Atau Dua Depan

Next post

Audi Q8 Mengejutkan Singapura Dengan Penampilannya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *