Penyelenggaraan

Pelanggan Cars International Tidak Puas Hati Dengan Kenaikan Harga

Jika anda melawat mana-mana pusat membeli-belah besar di negara ini, anda mungkin nampak kemudahan mencuci kereta di tempat letak kereta mereka. Anda mungkin pernah menggunakan perkhidmatan mereka sekurang-kurangnya sekali seperti kami pernah. Banyak pemilik MPV, SUV dan kereta mahal, terutamanya kaum wanita akan membeli keahlian tahunan mereka dan menggunakannya sebagai ‘valet’ kerana mereka akan mencari dan menyediakan tempat letak kereta untuk kereta anda selepas mereka cuci dan vakum dan ini sudah menjadi ciri utama jualan yang hebat untuk mereka yang berada.

“Cuci kereta dan selagi gus pakirkan kereta untuk kemudahan anda”. Tambahan lagi, kemudahan mencuci kereta mereka hampir selalunya  dekat dengan eskalator untuk akses mudah.

‘Kelebihan’ ini telah membolehkan Cars International terus menaikkan harga mereka, dengan tepatnya kenaikan 100% dari 2018 kepada RM20.00 pada Januari 2019. Ini turut melibatkan ahli-ahli semasa mereka dan sekarang pelanggan mereka mula marah dan sedang meluahkan perasaan mereka didalam halaman facebook mereka.

WhatsApp Image 2019-01-16 at 3.08.03 PM (1)

WhatsApp Image 2019-01-16 at 3.08.03 PM

Pelanggan tetap Cars International  (seorang ibu memandu SUV) menghubungi kami dan mahukan kami berkongsi cerita ini untuk dilihat bersama dan ingin tahu sama ada ianya adil atau tidak menaikkan harga sebanyak 100% dalam setahun apabila tarif air tidak dinaikkan. Apa pendapat anda?

WhatsApp Image 2019-01-16 at 3.08.04 PM

Cars International mengalakkan pelanggan yang tidak berpuas hati untuk berhubung terus dengan mereka di talian email mereka: customerservice@carbeauty.com

WhatsApp Image 2019-01-16 at 3.08.05 PM

Previous post

Ford Mustang Shelby GT500 Miliki Lebih Dari 700 HP

Next post

Veloster N TCR Jadi Taruhan Hyundai

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *