Sukan

Veloster N TCR Jadi Taruhan Hyundai

Hyundai tidak ketinggalan menyertai acara Detroit Auto Show 2019 untuk memperkenalkan jentera lumba terbaru mereka iaitu Veloster N TCR. Ia akan bersaing dengan Honda Civic Type R TCR, Volkswagen GTI TCR, dan Audi RS3 LMS TCR dalam perlumbaan International Motor Sports Association (IMSA) Michelin Pilot Challenge  tahun ini.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Hyundai akan menyediakan dua buah Veloster N TCR – satu untuk pasangan veteran Michael Lewis dan Mark Wilkins, manakala satu lagi akan dipandu oleh Mason Filippi dan Harry Gottsacker, masing-masing berusia 20 dan 18 tahun.

Large-35078-VelosterNTCR

Menurut Hyundai, 85% daripada komponen Veloster N TCR datang daripada i30 N TCR yang digunakan musim lalu, termasuk enjin 2.0-liter empat silinder turbo yang menghasilkan 350 hp dan 450 Nm itu.

Large-35110-VelosterNTCR

Enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear jujukan enam kelajuan yang akan menyalurkan kuasa ke gandar hadapan, di mana differential mekanikal ditugaskan untuk membahagikan kuasa antara kedua-dua tayar itu. Sistem brek pula terdiri dari cakera 380 mm dengan angkup enam omboh keluaran Brembo di hadapan, dan cakera 278 mm dengan angkup dua omboh di belakang.

Large-35077-VelosterNTCR

Seperti i30 N TCR, jentera terbaru ini turut dipasang di ibu pejabat Hyundai Motorsport di Alzenau, Jerman. Ia dijual pada harga €135,000 (RM632,438), dengan penghantaran bermula Mac ini.

 

Previous post

Pelanggan Cars International Tidak Puas Hati Dengan Kenaikan Harga

Next post

Kia Telluride - Kenderaan Paling Besar Jenama Korea Itu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *