Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Nissan Leaf e+ Tampil Dengan Nadi Baharu

Nissan telah memperkenalkan Leaf e+ baharu dan kini kereta elektrik paling laris di dunia itu menampilkan powertrain baharu dengan kuasa lebih tinggi dan jarak pemanduan lebih jauh.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

“e+” di sini merujuk kepada peningkatan ketumpatan tenaga pek bateri serta outputnya yang lebih tinggi. Jika Leaf menawarkan jarak perjalanan sejauh 322 km, Leaf e+ boleh dipandu sejauh 458 km, mewakili peningkatan sebanyak 40%.

“e+” logo-1200x800

Gabungan bateri berkapasiti tinggi dan motor berkuasa dalam Leaf e+ menghasilkan 160 kW dan 340 Nm, 50 kW dan 20 Nm lebih tinggi berbanding model sedia ada. Hasilnya, pecutan dari 80 km/j ke 120 km/j kini 13% lebih cepat, manakala kelajuan maksimum meningkat sebanyak 10%.

Exterior_05-1200x800

Model ini juga boleh dicas dengan lebih efisien dengan adanya sistem Quick Charging baharu. Menurut Nissan, pemilik Leaf e+ boleh menjangkakan masa pengecasan yang sama dengan model sedia ada apabila menggunakan pengecas 100 kW, walaupun mempunyai bateri dengan kapasiti storan 55% lebih besar.

interior_02-1200x800

Seperti Leaf, Leaf e+ dilengkapi dengan teknologi pemanduan separa autonomi ProPilot yang boleh menyesuaikan jarak dengan kenderaan di hadapan secara automatik menggunakan kelajuan yang ditetapkan oleh pemandu (antara 30 hingga 100 km/j). Ia juga boleh membantu mengekalkan kedudukan kenderaan di tengah lorong, selain membrek secara automatik untuk berhenti sepenuhnya.

Exterior_04-1200x800

Turut disertakan adalah e-Pedal yang membolehkan pemandu menghidupkan, memecut, memperlahankan dan menghentikan kenderaan dengan hanya menggunakan pedal pendikit. Selain itu, Leaf e+juga didatangkan dengan sistem keselamatan seperti Intelligent Lane Intervention, Lane Departure Warning, Intelligent Emergency Braking, Blind Spot Warning, Rear Cross Traffic Alert dan Intelligent Around View Monitor dengan fungsi pengesanan objek bergerak.

Previous post

BMW Motorrad Malaysia Perkenal Program Baharu Bagi Waranti dan Bantuan Tepi Jalan

Next post

Subaru Melancarkan Forester e-Boxer di Singapura

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *