Motosikal / Lain Lain Roda

BMW Motorrad Malaysia Perkenal Program Baharu Bagi Waranti dan Bantuan Tepi Jalan

BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan dua program baharu iaitu Program Waranti yang bertempoh 3 tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan yang juga bertempoh 3 tahun, sekaligus menetapkan tanda aras baharu bagi pemilikan motosikal premium di dalam negara.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Program Waranti 3 Tahun BMW Motorrad didukung oleh BMW Group AG dan ia meliputi pembaikan serta penggantian komponen secara percuma bagi isu yang melibatkan kecelaan produksi atau material dengan perbatuan tanpa had.

Program Bantuan Tepi Jalan ini juga memastikan pelanggan diuruskan oleh pasukan yang terdiri daripada pakar pada bila-bila masa, iaitu 24 jam sehari dan 365 hari setahun bagi perkhidmatan profesional dan bantuan pakar untuk tujuan kecemasan seperti perkhidmatan menunda jika berlakunya kerosakan.

Program-program baharu tersebut boleh dimohon bagi kesemua motosikal BMW yang berdaftar dari 1 Januari 2019 dan pada tarikh yang selanjutnya dengan pengecualian diberikan kepada model HP4 RACE.

BMW Motorrad Malaysia juga telah mengemas kini harga bagi kesemua model jualannya. Berikut ialah senarai harga terkini bagi model BMW Motorrad:

BMW Motorrad Recommended Retail Prices - 1 Jan 2019-1

 

Previous post

Mercedes-Benz Malaysia Pecah Rekod Jualan Tahun Kelima Berturut-turut

Next post

Nissan Leaf e+ Tampil Dengan Nadi Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *