Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Harga, Spesifikasi Harley-Davidson LiveWire Didedahkan

Harley-Davidson telah mendedahkan spesifikasi dan harga LiveWire di acara Consumer Electronics Show di Las Vegas. Motosikal elektrik pertama keluaran jenama itu akan berada di pasaran bermula tahun ini dengan harga $29,799 (RM122,602).

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Menurut Harley-Davidson, LiveWire mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam kurang 3.5 saat, terima kasih kepada powertrain elektrik Revelation yang berupaya menjana 100% tork sebaik sahaja pendikit dipulas.

Selain itu, powertrain itu juga memberikan LiveWire kemampuan untuk bergerak sejauh 177 km dengan satu cas penuh. Motosikal ini turut mempunyai mod penjanaan semula kuasa yang boleh menambah cas kepada bateri, terutamanya dalam keadaan trafik ‘stop and go’.

harley-davidson-livewire-1

Powertrain elektrik tersebut terletak diletakkan pada kedudukan yang rendah untuk menurunkan pusat graviti sekaligus menghasilkan pengendalian yang baik dan mudah.

Ciri kawalan casis elektronik adalah standard pada LiveWire dan ia merangkumi Cornering ABS dan Traction Control. Sistem-sistem yang digunakan adalah elektronik sepenuhnya dan menggunakan unit pengukur inersia terkini serta teknologi sensor ABS.

harley-davidson-livewire-3

Turut disertakan adalah ciri H-D Connect yang berfungsi untuk menyambungkan motosikal ke telefon pintar menerusi aplikasi khas. Dengan ciri ini, data yang terkumpul akan disalurkan ke aplikasi untuk menyampaikan maklumat seperti status bateri, baki jarak perjalanan, lokasi kenderaan serta peringatan servis.

 

Previous post

Vidcast DSFGG S01E04 - Hyundai Tucson

Next post

Porsche Perkenal 911 Cabriolet Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *