Berita Auto

Audi RS4+ Talaan ABT Lebih Cantik, Lebih Berkuasa

Dalam bab penalaan kenderaan berjenama Audi, ABT jarang sekali mengecewakan. Terbaru, syarikat talaan dari Jerman itu telah memperkenalkan RS4+ yang akan ditawarkan dalam jumlah yang terhad sebanyak 50 unit sahaja.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Bermula dari luaran, jentera yang asalnya merupakan Audi RS4 Avant ini didatangkan dengan pakej aerodinamik karbon yang merangkumi jeriji, splitter serta bilah pada bampar hadapan. Di belakang pula terdapat sambungan skirt serta spoiler. Warna merah Misano Red serta rim aloi bersaiz 20 inci melengkapkan konsep reka bentuk ABT bagi jentera ini.

audi-rs4-by-abt-2

Perubahan pada bahagian dalaman lebih ringkas. ABT menambah logonya pada butang penghidup enjin, perehat kepala dan tombol gear, selain meletakkan plat nombor siri pada papan pemuka. Apabila pintu dibuka, logo RS4+ akan terpancar ke tanah.

audi-rs4-by-abt-4

Terima kasih kepada unit kawalan enjin berasingan, enjin 2.9-liter V6 twin turbo pada RS4+ kini mampu menjana kuasa sehingga 510 hp dan 680 Nm, iaitu 60 hp dan 80 Nm lebih tinggi berbanding versi standard. Lebih menarik lagi, ABT juga boleh memberikan peningkatan kuasa sehingga 530 hp jika pelanggan sanggup berbelanja lebih.

audi-rs4-by-abt-5

Bukan setakat jumlah kuasa yang lebih tinggi, RS4+ turut mendapat sistem ekzos sport dengan empat muncung berukuran 102 mm setiap satu. Ia juga dilengkapi dengan suspensi boleh laras dan bar penstabil untuk pengendalian yang lebih berkesan.

audi-rs4-by-abt-3

 

Previous post

BMW Malaysia Lancar 2 Model Edisi M Performance

Next post

Pandu Uji Ringkas: Toyota Vios Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *