Berita Auto

BMW Malaysia Lancar 2 Model Edisi M Performance

BMW Malaysia telah melancarkan dua model edisi M Performance iaitu 330e M Performance dan X5 xDrive40e M Performance. Hanya 300 unit ditawarkan bagi setiap jentera yang eksklusif ini.

Kedua-dua model didatangkan dengan ciri aerodinamik lebih baik menerusi kit badan yang merangkumi skirt sisi, kerajang ambang sisi (side sill foils) dan gril hadapan dalam warna hitam berkilat, serta cermin sisi M Performance Carbon.

Di belakang, 330e dan X5 xDrive40e menampilkan spoiler dan diffuser di samping lampu belakang M Performance yang gelap dan agresif. Bahagian dalaman pula menampilkan pedal dan tempat letak kaki M Performance yang diperbuat daripada keluli tahan karat.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

330e boleh didapati dalam warna Oren (Sunset Orange), Hitam (Black Sapphire), Biru (Estoril Blue) atau Putih (Alpine White); sementara ruang interior dipadankan dengan material kulit Black Dakota.

X5 xDrive40e M Performance pula ditawarkan dalam warna Hitam (Carbon Black), Putih (Mineral White) atau Kelabu (Space Grey). Semua warna luaran dipadankan dengan material kulit Black Dakota, sementara warna Carbon Black boleh didapati dengan pilihan tambahan kulit Terra Dakota.

Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans) 330e M Performance ialah RM258,800 manakala X5 xDrive40e M Performance pula berharga RM390,800. Dengan Easy Drive Programme, kedua-dua model ini juga boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM3,278 bagi 330e dan RM4,878 bagi X5 (berdasarkan anggaran ke atas pinjaman sebanyak 80% yang bertempoh empat tahun, dengan jumlah perbatuan dihadkan pada 20,000 km setiap tahun).

 

Previous post

Kemalangan Pertama Kali Mercedes GT 63 S 4MATIC +

Next post

Audi RS4+ Talaan ABT Lebih Cantik, Lebih Berkuasa

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *