Berita Auto

Rakan Niaga Asing UMW Toyota Motor Ambil Alih Operasi Cawangan di Pulau Pinang dan Prai

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengumumkan cawangannya di Pulau Pinang dan Prai telah dipindahkan operasinya kepada rakan niaga asing syarikat itu bermula 1 November 2018. Ini adalah berikutan pengumuman yang dilakukan pada Oktober tahun lalu bahawa syarikat akan memindahkan sebahagian besar operasi di cawangannya kepada pengedar atau pihak lain yang berkaitan.

BHP

Rakan niaga asing yang dimaksudkan ialah Netz Toyota Tama Co Ltd, yang telah berurusan dengan Toyota di Jepun selama hampir 60 tahun. Ia mempunyai 29 cawangan di sekitar Tokyo yang menggunakan saluran jualan Toyota Netz, dengan tumpuan kepada pembeli muda. Selain itu, ia juga turut mempunyai 33 lagi cawangan yang beroperasi sebagai saluran jualan Corolla di bahagian barat Tokyo.

Melalui usaha sama ini, S&D Tama Malaysia yang merupakan syarikat tempatan sebagai sayap operasi Netz Toyota Tama akan mula mengambil alih operasi cawangan sedia ada di Pulau Pinang dan Prai secara rasmi. Dengan gabungan jualan tahunan mencecah 2,000 unit, kedua-dua cawangan berkenaan mewakili peratusan jualan kenderaan Toyota yang besar bagi kawasan Utara. Selari dengan jumlah pelanggan yang semakin bertambah pula, khidmat lepas jualannya juga telah menampung keperluan servis bagi 50,000 unit kenderaan setahun.

S&D Tama Malaysia Sdn Bhd_PRAI 02

Dengan 140 petugas keseluruhannya bagi bahagian jualan, servis dan juga kenderaan terpakai, S&D Tama Malaysia mensasarkan untuk memberi kualiti layanan yang lebih baik kepada pelanggan dan menyediakan pengalaman memuaskan bagi pelanggan-pelanggan baru serta pemilik sedia ada kenderaan Toyota secara keseluruhannya.

Mengulas tentang usaha sama baru itu, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama berkata, “Kami amat berbesar hati mengalu-alukan S&D Tama Malaysia Sdn Bhd untuk menyertai rangkaian Toyota di Malaysia. Mereka mempunyai pengalaman 60 tahun dalam memenuhi keperluan dan melayani pelanggan Toyota, serta sangat dikenali sebagai pengedar utama dengan tahap kepuasan pelanggan yang tinggi di Jepun. Menjadi harapan kami untuk melihat S&D Tama memainkan peranan yang sama di Malaysia pula.”

S&D Tama Malaysia Sdn Bhd_PRAI 01

“Sejak kewujudan kami pada tahun 1960, syarikat kami di Jepun terus-menerus memberikan yang terbaik untuk pelanggan. Kami percaya, perniagaan Toyota di Malaysia mempunyai masa depan yang cerah dan untuk itu, kami ingin turut menyumbang sama kepada pertumbuhan perniagaannya di sini,” ujar Presiden S&D Tama Malaysia, Katsuhiko Tamura.

Dua cawangan yang diuruskan oleh S&D Tama Malaysia itu terletak di Jalan Jelutong di Pulau Pinang dan juga di Kawasan Perindustrian Prai. Kedua-dua pusat 3S berkenaan menawarkan perkhidmatan jualan dan lepas jualan yang menyeluruh, termasuk kemudahan cat dan badan kenderaan.

Previous post

Citroen Grand C4 SpaceTourer Dilancarkan di Malaysia

Next post

Porsche Catat Rekod Baru di Nurburgring

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *