Berita Auto

Citroen Grand C4 SpaceTourer Dilancarkan di Malaysia

Pengedar rasmi kenderaan Citroen di Malaysia, Naza Euro Motors Sdn Bhd telah melancarkan model MPV tujuh tempat duduk iaitu Grand C4 SpaceTourer baharu.

BHP

Dari luaran, SpaceTourer menampilkan logo ‘Chevron’ yang menghubungkan kedua-dua lampu utama Bi-Xenon dengan fungsi pelarasan ketinggian manual. Lampu nyalaan siang (DRL) pula terletak di bawah lampu utama.

36193_2018

Di bawah bampar hadapan, terdapat lampu kabus yang dikelilingi kemasan krom, manakala di belakang, lampu kabus dipadankan dengan lampu belakang 3D. MPV ini memakai rim aloi ‘Boa’ bersaiz 17 inci yang secara tidak langsung memberikannya profil sisi yang lebih menyerlah.

18K7

Bahagian dalaman pula menampilkan trim premium Hype Grey. Papan pemuka mempunyai sebuah skrin definisi tinggi 12 inci dan di bawahnya terdapat sebuah skrin sentuh 7 inci dengan ciri sambungan Android Auto, Apple CarPlay, MirrorLink dan USB. Model ini juga mempunyai brek parkir elektrik, stereng kuasa elektrik, soket 12V, meja lipat kecil dengan LED dan ruang penyimpanan di bawah lantai dan konsol tengah.

18K5

Selain itu, tempat duduk barisan kedua dan ketiga boleh dilipat untuk memperkembangkan keluasan but dari 632 liter kepada 2,181 liter. Satu lagi ciri kemudahan baru yang terdapat pada SpaceTourer adalah tailgate bermotor dengan fungsi memori ketinggian yang boleh dioperasikan dengan meletakkan kaki di bawah bampar belakang.

36212_2018

SpaceTourer dikuasakan oleh enjin 1.6 Turbo High Pressure yang menghasilkan 167 PS dan 240 Nm pada 1,400 rpm. Dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan, MPV ini boleh mencapai kadar penggunaan bahan api sebanyak 5.8 liter bagi setiap 100 km.

18K6

Dari segi keselamatan, model ini dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu seperti Active Safety Brake, Speed Limit Recognition and Driver Attention Alert. Ia juga mempunyai enam beg udara, ABS dengan EBD, Emergency Braking Assistance, Electronic Stability Control dengan Traction Control, Automatic Handbrake, Hill Start Assist, Interior Child Monitoring Mirror, Driver Attention Alert dan tiga cagak Isofix pada tempat duduk barisan kedua.

CL 16.045.006_2018

Dijual pada harga RM149,888 (harga atas jalan tanpa insurans), Grand C4 SpaceTourer boleh didapati dalam warna Ruby Red, Lazuli Blue, Onyx Black dan Polar White. Untuk masa terhad, pelanggan akan mendapat servis percuma untuk tiga tahun, jaminan selama lima tahun atau 120,000 km, bantuan tepi jalan 24 jam dan akses ke Sky Lounge di Subang Skypark.

 

Previous post

Ini Dia Kia Forte GT ...... Adakah Ia Akan Datang Ke Malaysia?

Next post

Rakan Niaga Asing UMW Toyota Motor Ambil Alih Operasi Cawangan di Pulau Pinang dan Prai

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *