Berita Auto

Pegangan Pasaran Proton Meningkat

Selepas tiga bulan berturut-turut mencatatkan rekod kenaikan jualan pada 2018, jualan kereta di Malaysia menyusut pada bulan September selepas penguatkuasaan Cukai Perkhidmatan dan Jualan (SST).

BHP

Proton tidak terkecuali di mana ia mencatat jualan tertinggi sejak 36 bulan lalu dengan jualan sebanyak 9,501 unit, telah memperoleh jualan sebanyak 4,524 unit. Meskipun terdapat penurunan pada jumlah keseluruhan jualan, pegangan pasaran pada peratusan Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) meningkat kepada 15%, paras tinggi baharu untuk tahun ini dan merupakan peratusan pegangan tertinggi sejak Mei 2017.

Peningkatan keseluruhan pegangan pasaran menunjukkan jualan Proton kekal meningkat pada September berbanding pesaing-pesaing utamanya. Peratusan sebenar akan disahkan selepas pengumuman rasmi oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) tetapi dari konteks sebelum ini, hasil yang diperoleh adalah sangat bagus.

Jualan dari tahun ke tahun meningkat sebanyak 1% dan pegangan pasaran sebanyak 4% berbanding 2017, hasil yang sangat memberangsangkan memandangkan jualan bulan September selalunya perlahan. Analisis selanjutnya menunjukkan pertumbuhan dalam pegangan pasaran sebagai sebahagian daripada trend keseluruhan Proton dari awal 2018 dengan peningkatan yang ketara pada bulan Ogos (14.5%) yang telah dibawa sehingga bulan September.

Proton Iriz

“Kami meramalkan kesusutan TIV bagi bulan September kerana pelaksanaan GST berkadar sifar pada tiga bulan sebelum ini telah mewujudkan peningkatan jualan yang luar biasa dalam pasaran. Setelah pembeli berpusu-pusu untuk membeli kereta baharu dan SST sudah dilaksanakan, pembeli kembali kepada corak pembelian kebiasaannya tetapi terdapat pembetulan dalam jangka masa pendek. Proton membuat keputusan untuk meminimakan impak dengan menyerap SST dan keputusan kami telah memanfaatkan kami berikutan keseluruhan jumlah jualan bertambah ke peringkat yang lebih tinggi setakat ini,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar.

“Selain daripada penjimatan yang ditawarkan, maklum balas yang diterima dari para pembeli mengenai faktor tambahan yang mendorong mereka membeli sebuah kereta Proton. Pertama adalah kualiti kereta yang telah ditambahbaik sejak pelaksanaan sistem audit dari Geely. Aktiviti seperti One Tank Adventure yang diadakan baru-baru ini juga telah meningkatkan kewujudan kereta kami sementara membuktikan penjimatan penggunaan bahan api bagi sebuah kereta Proton berbanding dengan pesaingnya,” tambah Abdul Rashid.

Tambahan pula, pembukaan pusat cawangan dan pengedar membantu menarik minat dan meningkatkan kewujudan saluran jualan Proton secara keseluruhan. Jumlah pembukaan meningkat pada bulan September di mana sebanyak 17 pusat cawangan telah dibuka di seluruh negara, menjadikan bilangan cawangan baharu sebanyak 25 cawangan setakat ini. Pada masa yang sama, permohonan yang telah diluluskan untuk membina kemudahan ini mencapai 105 cawangan, hanya kurang empat cawangan daripada sasaran 109 cawangan menjelang akhir Oktober.

Previous post

Audi Anjur Sesi 'Tech Talk' Untuk Pelanggan di Malaysia

Next post

Harith Sedia Pamer Aksi Terbaik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *