Motosikal / Lain Lain Roda

Millenium Welt Buka Bilik Pameran BMW Motorrad di Kuantan

BMW Motorrad Malaysia dan Millennium Welt telah membuka bilik pameran BMW Motorrad yang baharu di fasiliti bilik pameran yang sedia ada di Kuantan untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dan penggemar motosikal di Rantau Pantai Timur. Millennium Welt telah dilantik oleh BMW Group Malaysia sebagai wakil pengedarnya yang terbaharu bagi jenama BMW Motorrad di Kuantan serta bagi Rantau Pantai Timur Semenanjung Malaysia, pada bulan Julai tahun ini.

BHP

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Rantau Pantai Timur mempunyai potensi pertumbuhan yang baik bagi jenama BMW Motorrad, dan Millennium Welt merupakan rakan kongsi yang penting bagi syarikat kami untuk memperkukuhkan kedudukan di rantau tersebut. Dengan lebih daripada 800 unit motosikal yang berjaya diserahkan sehingga tarikh terkini bagi tahun 2018, ia mencatatkan pertumbuhan melebihi 24% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas, kami berada di landasan yang tepat untuk melakar pencapaian yang lebih baik menjelang akhir tahun.”

Millennium Welt Introduces New BMW Motorrad Dealership in Kuantan (7)

Penyerahan unit kenderaan secara global pada tahun lepas bagi rangkaian kenderaan BMW Motorrad telah meningkat sebanyak 13.2%, dengan catatan penyerahan yang berjumlah 164,153 unit kenderaan di seluruh dunia. Kadar pertumbuhan tersebut juga dicerminkan di Malaysia, dengan penyerahan 1,052 unit motosikal yang melakar pertumbuhan sebanyak 5% dalam prestasi jualan jika dibandingkan dengan tahun lepas.

Millennium Welt Introduces New BMW Motorrad Dealership in Kuantan (8)

Berkenaan dengan tarikan unik BMW Motorrad bagi penggemar motosikal di rantau ini, Owen Riley, Ketua BMW Motorrad Malaysia berkata, “Rantau Pantai Timur terdiri daripada kawasan-kawasan yang mempesonakan, dan ia menjadikannya tempat yang sesuai untuk disusuri oleh penunggang motosikal. Dengan jentera BMW Motorrad, perjalanan anda bukan sahaja berpaksikan destinasi semata-mata, bahkan, ia dapat memberikan suntikan semangat baharu untuk menghidupkan keterujaan yang anda dapat alami sepanjang perjalanan anda.”

Millennium Welt Introduces New BMW Motorrad Dealership in Kuantan (9)

Bryan Wong, Pengarah Urusan Millennium Welt Group of Companies berkata, “Dengan pembukaan bilik pameran BMW Motorrad baharu ini, kami komited untuk menyampaikan pengalaman premium yang ditawarkan oleh BMW kepada penggemar motosikal di rantau ini. Sejak pelantikan kami sebagai wakil pengedar jenama ini pada bulan Julai yang lalu, kami berpeluang untuk menyaksikan dan merasai sokongan daripada pelanggan-pelanggan yang teruja untuk menghidupkan semangat “Make Life A Ride”, yang juga memberi motivasi kepada kami untuk terus berkhidmat dengan lebih baik bagi pelanggan-pelanggan kami.”

Millennium Welt Introduces New BMW Motorrad Dealership in Kuantan (6)

Selain daripada jentera BMW Motorrad, Millennium Welt Kuantan juga menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang merangkumi model-model BMW dan MINI Service. Beroperasi di dalam fasiliti bilik pameran yang bersaiz 28,000 kaki persegi, ia boleh memuatkan sebanyak lapan motosikal BMW Motorrad dan lima kenderaan BMW. Ia beralamat di 32, Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan, Pahang.

Previous post

Honda City Kekal Pendahulu Dalam Segmen B

Next post

Perodua Tumpu Usaha Kurangkan Tunggakan Tempahan Myvi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *