Hibrid & Elektrik

Toyota Kini Dalam Perbincangan Dengan Geely Mengenai Kenderaan Hibrid

Toyota Motor Corp sedang berbincang dengan pembuat kereta China, Geely mengenai kerjasama dalam teknologi kenderaan hibrid elektrik.

Toyota berkata dalam satu kenyataan bahawa ia dan Geely kini “berkomunikasi antara satu sama lain” mengenai teknologi hibrid elektrik-petrol. Langkah itu adalah sebagai usaha pembuat kereta terbesar di Jepun itu memperkenalkan teknologi automotif baru untuk pertumbuhan masa depan, dan juga telah memulakan strategi untuk meningkatkan jualan di China, pasaran kereta terbesar di dunia.

“Toyota menjalankan perniagaan mereka dengan dasar terbuka dan ianya serupa juga untuk bidang teknologi elektrifikasi mereka. Hubungan dengan Geely (Toyota sedang meneroka) juga berdasarkan dasar terbuka ini, “kata kenyataan itu.

Respon Toyota ini datang selepas laporan media China berkata Geely sedang bekerjasama dengan Toyota mengenai teknologi hibrid konvensional. Laporan itu berkata butiran mengenai usaha bersama itu akan diumumkan tidak lama lagi.

 

Previous post

DS 3 Crossback Kini Dengan Arahan Reka Bentuk DS Baharu

Next post

Volkswagen Menghadapi Tuntutan Mahkamah USD10.7 Bilion - Bagaimana Akan Mereka Bayar?

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>