Berita Auto

Pusat 3S Proton Milik Supernau Motors Trading Dibuka di Bintulu

Supernau Motors Trading Sdn Bhd merupakan cawangan pengedar 3S sedia ada di Bintulu, Sarawak dan telah beroperasi sejak tahun 2001.

BHP

Terletak di sepanjang jalan utama di kawasan komersil dan perumahan yang padat, cawangan tersebut telah diubahsuai sepenuhnya untuk memenuhi keperluan standard baharu Proton. Selain itu, Supernau juga mengendalikan sebuah pusat ketuk dan cat yang terletak 14 km dari cawangan 3S tersebut.

????????

Naik taraf ini sejajar dengan pelan dan hala tuju baharu Proton, di mana cawangan di seluruh negara sedang giat menaiktaraf premis mereka untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap kepada pelanggan.

????????

Antara kemudahan yang disediakan di Supernau adalah ruang minuman, ruang kanak-kanak, Wi-Fi percuma, ruangan pengecasan komputer riba dan telefon bimbit serta tempat letak kenderaan yang luas.

car service area 1-Supernau

Bukan itu sahaja, ia turut mempunyai dua ruangan menunggu untuk servis dan pembaharuan insurans, dua ruangan pelanggan dengan kemudahan TV, serta dua ruang solat masing-masing untuk lelaki dan wanita.

????????

Cawangan 3S Supernau beralamat di Lot 4401, Jalan Tun Razak, 97000 Bintulu, Sarawak.

Previous post

Nama Sebenar Projek Mercedes-AMG ONE

Next post

Audi Perkenal SQ2

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *